crosscollumn

Friday, October 30, 2015

Gear Up Everyone, Choose Your Weapon. (Part 2)

Sekali nyet sik lepas rokok dari mulut
Salam nyettt semua, 

 Entry last kita pilih rod. Entry kali tok kita pilih reel. Reel tok senang jak. Terbahagi kepada 2, baitcast reel dan spinning reel. Bah macam nie rupa baitcast? macam nie rupa spinning? Kadang-kadang reel pun sik tauk. Cerita punya cerita, key gulung tali nama benda ya tek. hik hik hik hik. Bab pemilihan reel tok sik juak susah. cuma brand yang berbeza-beza. Ketahanan yang berbeza, Performance pun berbeza. Giney2 pun ekot bajet orang juak ujungnya. Jadi entry tok cuma cerita pemilihan reel, kelebihan dan kekurangan reel. Sikda nak madah reel nie paling top, reel nie paling jaik. Yang membezakan cuma adalah tahap ketahanan dan performance.

Baitcast reel

Shimano Curado lowprofile reel

Terbahagi kepada 2 iaitu low profile baitcast dan round baitcast. Terdapat beberapa saiz bermula pada 50, 100, 200, 300 dan 400. setiap model ada 2 jenis(sik semua) kayuhan kanan (right handle) dan kayuhan kiri(left handle). Baitcast reel tok mun orang nangga nang pelik rupanya, makey pun terbalit. Banyak orang madah makey baitcast reel tok susah, mudah berjarut a.k.a birdnest. Tapi mun dah expert, sikda masalah. dan aku akan kongsi sikit ilmu makey baitcast tok. jadi giney nak overcome birdnest. Tapi kenak banyak praktis bab casting sebab masalah utamanya memang part casting. Just keep practising until your thumb develop the six sense to stop the spool. 

cara melaraskan brake



Apa kelebihan guna baitcast reel?

  • Ketepatan (Accuracy) - paling efektif untuk lontaran spot dengan tepat
  • Control - kawalan lontaran untuk jarak dan arah.
  • Power - untuk pulling power yang tinggi kerana tiada sistem bail.

Kekurangan menggunakan baitcast reel


  • Tali utama cepat haus/rosak, proper adjustment will reduce the problem.
  • Pengguna akan mengalami masalah jarak lontaran untuk lure yang ringan. Finnese setup disarankan



Cara Penggunaan




Tips :

  1. Asas lontaran yang perlu dibelajar oleh seorang pemancing sidecast, overhead, backhand.
  2. Sekiranya kitak orang berada dalam keadaan berlawan arah angin, Kitak orang disarankan untuk melontar dengan teknik side casting untuk mengatasi masalah birdnest.
  3. Sekiranya ada berada di bawah pokok, lontaran sidecast atau backhand sesuai digunakan.



Spinning reel


 Mun di sebut krekan tok, lom tentu orang tauk, Mun bahasa lain nya spinning reel orang nunggah baruk orang tauk. Boleh dikatakan spinning reel adalah reel pilihan utama kerana penjagaan nya adalah mudah dan senang digunakan dan kurang bermasalah berbanding dengan spinning reel. Boleh dikatakan multiplier pun reel. terdapat banyak saiz,bermula daripada 500, 1000, 2000, 2500, 3000, dan 4000.


Cara penggunaan 



Kelebihan :-
  • Untuk setup ultralight, memang sik dapat dilawan.
  • Multiplier untuk teknik casting dan jigging.
  • Tali utama tidak mudah rosak/haus.
  • Untuk jarak lontaran yang jauh.
Kekurangan :-
  • Jarak lontaran dipengaruhi keadaan gap pada spool lip.
  • ketepatan dan kawalan kurang.
Tips :- 
accurate casting on spinning



tapi untuk orang kidal macam aku memang bermasalah sebab arah pusingan tali menjurus kepada sangkut kat celah jari, bukan jadi accurate tapi jadi stopping.tapi ya bukan alasan untuk tidak belajar dan mengetahui.

Ketahanan.

 Ketahanan reel di amik kira. Faktor utama adalah ialah tempat memancing. Reel freshwater dan saltwater mempunyai daya ketahanan hakisan yang berbeza. Reel freshwater boleh juak dipakey untuk saltwater, tapi memang rutit untuk di jaga/servis. Setiap kali dipakey kenak servis,so persoalannya berapa lamak tahan nyawa nak servis setiap kali dipakey. Seminggu?Sebulan?3 bulan? setahun. Secara sik langsung kos penjagaan bertambah. Silap2 kenak beli baru reel mun dah part nya terhakis oleh aik masin. Tapi reel spec saltwater memang sikda masalah untuk dipakey ke freshwater. mun agik tahap freshwater, arum bulak baruk celah gigi jak nya tahap hakisan kekaratan. Jadi kenak amik kira nya pun frame berdasarkan bahan graphite, aluminium ataupun magnesium. Hal ini perlu di amik kira kerana ianya penentu ketahanan peralatan dan juga keteguhan

 Selain daripada daya ketahanan hakisan, Daya asakan oleh pemangsa juga di amik, kadang kadang kenak hentam ikan besar, tapi faktor tok agak kurang kerana terdapat alatganti yang dijual oleh pengeluar. malah ada juak si pemancing yang meng'upgrade' atau modified alatan dalaman sperti drag washer dari abestos ke dartanium, atau carbontex, Bukan setakat drag washer tapi ada juak upgrade bearing stainless steel ke ceramic bearing untuk mendapatkan lontaran yang lebih jauh.

Kesimpulannya, kedua-dua jenis reel ada kelebihan dan kekurangan. jadi kenak explore untuk fully utilize. Tak perlu dipersoalkan nak nie bagus sebab bagi aku, ianya sama sahaja.

It is like asking, "what's better, a screwdriver or a hammer?" Well, you got a screw or a nail in the other hand? There's your answer. They're both tools for different situations.

Jadi topik seterusnya lure. Bila release? Tungguuuuuu 


Wednesday, October 28, 2015

Gear Up Everyone. Choose Your Weapon (part 1)

 Peralatan asas untuk hobi tok semesti nya rod dan reel. mun sik mampu pakey lah koyan...kikikiki. Zaman bapak aku pun makey benda tok. tapi bahasa up dikit, handline, baruk standard dikit bunyi nya. Tapi sikpa, nama hobi tok sik maksa sapa-sapa untuk beli barang mahal-mahal, ekot kemampuan, Paling bagus, ekot spec dan bajet. Beli mahal-mahal pun mun sik pandey makey atau fully utilize, sikda makna nya.

 Entry kali tok ada peralatan asas jak. mana dah tahap otai-otai, legend. abaikan entry tok. Jadi ruang tok berik panduan dan rujukan untuk pemilihan rod dan reel. Sik semua rod ya sesuai untuk teknik yang kita nak ekot. Mun suka bottom, pakeylah spec rod bottom. mun suka casting, belilah rod spec casting. Mun suka jigging, beli lah rod jigging. jangan men encang jak, boleh memang boleh tapi sik fully utilize dalam part presentation. Kadang-kadang aku pun salahguna rod. tapi jangan lebih-lebih. sipik-sipik pun kira boleh lah. jangan jadi chopstik kemudian hari. nak nyesal pun sikda guna. salah dikpun.

Pemilihan rod

 Untuk teknik Casting a.k.a mengilat,  nya ada 2 macam. Dalam 2 macam ada 4 macam, Dalam 4 macam ada bermacam-macam. ha ha ha pening dah..baruk asas jak pek...sikpa slow - slow. Macam aku dolok neda orang nak ngajar, Harap belajar dirikpun jak. Semuanya base trial and error. Dah kira untung ramey dah ngekot. jadi masing masing boleh mintak ajar dari siapa-siapa. Ok kembali kepada topik.

 Ok, apa yang 2 macam. Dalam 2 macam ada 4 macam, Dalam 4 macam ada bermacam-macam. Kategori 2 macam yang pertama ialah rod untuk baitcast dan rod untuk spinning. Apa bezanya?

Expert Graphite Carbon Cube
 Senang cerita, paling senang nak cam rod apa jenis, rod ada gagangnya bertanduk. Ya untuk baitcast reel. mana yang sikda tanduk ya untuk spinning reel. Perbezaan kedua ialah susunan ring/guide. Mun ring/guide pertama nya kecik dan kontot jak. Ya nang kompom untuk baitcast reel. Tapi mun main rembat jak, malapetaka akan berlaku. contoh setup rod baitcast, makey spinning reel, sik pasal-pasal pandey ada birdnest. dah kira rare dalam dunia mun makey spinning reel benda tok berlaku.

Dalam 2 macam ada 4 macam. pemilihan kedua ialah berdasarkan lbs. 
  1. Ultralight (2-8lbs) - lebih sesuai lure kecik dan ringan.
  2. Light (8-12lbs) - saiz lure 4cm - 9cm
  3. Medium (8-16lbs) - sesuai untuk lure 7cm -12cm 
  4. Heavy (10-20lbs) - saiz lure 4cm-12cm, sesuai untuk spesis yang suka kembali ke tempat persembunyian, kawasan berumput.


Jadi yang mana lebih sesuai, tepuk dada tanya minat. Dan part paling last ialah, Jenama, macam macam jenama ada. dari tahap cikai, sampey ribu ribu. Jenama bukan faktor percentage untuk mendapatkan spesis ikan tapi yang penting :- 
  • Kualiti (ringan, presentation)
  • Ketahanan.
  • Panjang Rod.
  • Bajet.
 Sebelum membeli, tanya dirikpun, siney nak ngael? saltwater@freshwater?spesis sasaran?bajet? member pun senang nak nolong pilih, jangan kata kawan, tokey kedey pun senang nak introduce barang. Untuk beginner, aku cadangkan untuk guna light rod dan medium rod. Sebab utamanya adalah untuk amik feel untuk praktis tangan dan develop skill. Kadang kadang nama strike tok susah mok dijangka bila ngelabah terkejut dan panik, Mudah mok molah benda yang diluar jangka sampey patah rod. Jadi untuk minimakan terjadinya kejadian chopstik. Bila dah skill dah steady, baruklah pilih rod yang lebih ringan lbs...

Sekiranya ada soalan atau penambahan drop your comment below.

Tuesday, October 27, 2015

Hello world, my name is....

Salam perkenalan semua.

Ini adalah entry untuk kali pertama. Sik banyak yang nak ku kongsi untuk entry yang pertama, cuma nak memahami cara pengendalian blog....kah kah kah, agik jakun dalam benda tok..so slow slow lah

Jadi dalam blog yang seterusnya akan aku lebih banyak  kongsikan ilmu dunia memancing untuk teknik-teknik memancing, mengilat, jigging, pancingan dasar, memburu (hunting), memerhati (observation) dan bot navigation secara teori melalui pengalaman sendiri dan sesama member. So mun, di kira jauh juak perjalanan untuk develop skill tok. Dolok suka nak ngekot jak, tapi around 2004 baruk start mendalami semua ilmu.

dan sebenarnya aku pun tak tahu nak guna bahasa apa (sarawak, melayu, english), jangan bahasa german jak u..u berbelit lidah lak..

so, perjalanan blog akan bermula di sini...for newcomer yang nak berjinak-jinak dalam dunia ini. sik perlu nak bingong. blog ini akan membantu anda sebagai kitab pun boleh, panduan pun boleh, rujukan pun boleh, mun dah susah gilak tanyak punya badan blog. Malu bertanyak sesat jalan, banyak tanyak makan tangan....kui kui kui...

Lokasi pangkalan di Semariang. Nak lepak, nak minum sila datang..