crosscollumn

Wednesday, February 10, 2016

New layout dan sedikit perubahan

 Salam semua, just nak madah ada sedikit perubahan layout blog tok untuk desktop viewer di mana akan ada advertisement tertentu. Jadi admin akan cuba set sebaik mungkin penjualan barang dan peralatan ngael yang boleh dibeli secara online. Jadi buat masa tok admin agik tengah explore. Jadi mungkin ada iklan yang agak mengarut atau tersasar.

 Then belah kanan ada link youtube yang boleh dimanfaat oleh viewer. So Admin akan feed channel ngael berunsurkan infotainment. Jadi boleh kita belajar dari sia sambil cuci mata mun ada masa free.
Buat masa tok lom sesuai untuk pengguna smart phone disebabkan oleh plugin dalam telepon sik support.


Tuesday, February 9, 2016

Kumpau??


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa kabar kitak orang tek? So how is your day masa ngael. Oleh banyak? Miss call? atau kumpau? Oleh banyak dan miss call ya kira ok. At least merasalah tarikan sikit. Tapi bagi yang kumpau, well boleh dikatakan a bad day fishing is better than a good day at work. Ok, Hari tok admin nak share sikit tips and how to improve to be a better angler. First basic of the rule. Jangan itok ikan yang terlepas, tapi amik pengajaran dari kesilapan yang anda buat. Jika anda tertewas, it was a good fight dan jadikan pengalaman untuk anda untuk improvekan fighting skill. Bila dah rezeki, In Sha Allah akan ada round 2. Put your skill 100%, Show everything what you got. Kalah lagi, repeat agik. Mula-mula start memang kumpau, putus hilang lure masa fight, terlepas, jangan dikata agik. Tapi dah nama rezeki, nang sentiasa bertemu, nang sentiasa tewas. tahun demi tahun. dan akhirnya admin dah paham selok belok. Jadi admin share sikit video masa agik tengah dalam proses belajar. Zaman dolok neda FB, semua kenak research kedirik dan kongsi.






Dari video tok banyak yang admin belajar. Salah satunya fighting skill kurang. Pemahaman setup setiap peralatan agik average 50%. agik amik feel dan perlu diubah dari semasa ke semasa berdasarkan trial and error dan fighting personaliti. Once dah nemu kombanisi yang bagus, Mungkin akan downsize line etc. Ya part pertama.

 Jadi soalan kedua, Selepas trip yang kumpau atau putus, ada sik antara kitak orang review balit trip kitak orang? Apa silapnya atau terus menganggap sikda rezeki?

Mun nak improve belajar dari kesilapan. Tapi kadang-kadang sedar tapi sik menitikberatkan. Di mana silapnya? Jadi toklah kesilapan yang biasa dilakukan..

1. Masa - untuk aktiviti saltwater, masa adalah penting, di mana kita kenak ekot tide sungai, bukan ekot suka. Untuk certain ikan, nya akan terlebih aktif, dan memudahkan kita untuk dicarik. tapi bila dah tide tinggi. terpaksalah masuk ke ceruk-ceruk sungai kerana nya kurang aktif.

2. Lokasi - first sekali kenak kesan siney lubuk, baruk dibahagi ke tempat kawasan rondaan. Kawasan rondaan pun kenak ekot dengan masa atau pun cycle. Macam di sungei ekot ketinggian air, mun di laut nya makey cycle lebih2 lagi mun di batu mandi atau submarine. Sebab ya lah ikan mangsa jadi macam chipmore. Jadi kenak dibantu oleh peralatan elektronik. Certain tempat memang sensitif dengan alam sekitar. Gangguan yang terlalu gilak pun boleh madot olehnya.

3. Aktiviti - Makin rancak aktiviti ikan makin bagus, tapi sunyi sepi sik semestinya sikda. Sikda salah untuk mencuba tapi peratusan untuk dapatkan ikan sasaran amat kurang.

4. Lure selection - part paling selalu silap ialah pemilihan lure, kadang-kadang admin pun buat silap. sebab keadaan lebih kurang jak. Tapi mun dah salah pilih part tok, semua terpaksa terjun dalam aik. Kadang-kadang orang madah ikan tok sik milih, tapi kita sik tauk apa dipikey nya, Jadi amik senang admin tikam duit seringgit dengan duit seratus nok nie kitak orang pilih. Orang biasa mungkin akan nanga dari nilai duit, tapi pernahkah nak mikir dari segi warna? biru kah ungu, mun dari segi saiz duit ya besar atau kecik... :)

5. Persembahan - sik semua persembahan lure adalah sama. mirco jig lain, softbait lain, hardbody lain. Tapi paling bagus, present dengan bentuk seakan akan semula jadi. 

6. Keadaan air - walau apa pun keadaan, ikan tetap ada, cuma ekot keadaan air sebelum menetapkan ikan sasaran. mun berkeras juak target ikan sasaran seperti selungsong, mangrove etc. carik lokasi dan keadaan air yang hampir sesuai dengan spesis ikan yang di target. Faktor tok boleh di atasi dengan bantuan warna lure.

7. Cuaca - tapi hari mun baruk ujan masih boleh terima, mun dah 4 jam hujan berlarutan. ikan ada, tapi spesis yang tidak dikehendaki. Selepas 4 jam hujan, tapi  hari panas. sebagai permulaan carik kawasan kedalaman kurang dari 6 kaki.

Biar berujan janji strike.




8. Barometer/arah angin - certain spesis ada pengaruh ngan barometer, tapi certain spesis sik terpengaruh..


Ok hadam part tok..kenak setiap kali admin nak target selungsong, admin raon-raon lok, molah servey etc...tang turun terus dapat. gambar tok akan menerangkan semua nya.. Once dah dapat tangkap setiap masa untuk setiap spot, admin akan mark masa nya.





Ilmu dah dikongsi cuma selebihnya kenak dipraktik. Tapi bukan keja yang senang, sebab admin amik masa paling pendek pun dalam 6 bulan.

Base on log mistake ya admin, yang dishare tadik.  pagi ya admin berada hijo pertama time aik setengah. masa aik surut sampey kering, masa aik kering dan start anak pasang admin pecut ke tambak bako. sekarang admin berada di tompok hijo yang ketiga... i'm hitting the g-spot. itulah helah nya...

Apabila Casting Sik Menjadi.


Salam nyet semua.....
Tengah aku dok kalan semariang ada idea baru untuk tambah entri. Topik ari tok adalah live bait. Masa tengah bergaut turun ngael. Apatah lagik bila part turun acara bidan terjun. Sempat-sempat amik rod dan lure box. Bila dah dalam tengah casting ya semun ikan nak terkam lure. Sebabnya adalah tekanan dari aktiviti memancing atau banyak gilak miss call. Last-last floating atau bottom jak lah. Mun kat laut senang jak nak carik umpan, Turun 7 eyes, dah mengambor umpan. Sik habis key umpan embak pulang dapat key makan. Tapi mun kat sungei dan laut, banyak benda boleh pakey umpan dan kitak orang pasti sik jangka apa yang boleh jadi key umpan. Sebab ya lah bila ngael sikda law, melainkan bertanding. Apa yang bagus key umpan macam nie nak carik umpan. Ok hari tok aku share sikit tips yang selalu dipakey bila dah hari sik menjadi. Kelebihan pakey umpan hidup adalah nya boleh trigger balit untuk ikan jadi frenzy akibat daripada miss call. Lebih kurang kedak chunking juak, tapi chunking tok sik lokek ngan makan. tabur jak isi ikan, darah, sisit dan etc. Tapi taktik 2 dalam satu, ngael dan chunking. Dalam masa yang sama kitak orang pun boleh lepak kelakar apa semua, daripada diam fokus ke casting.

Ikan Belanak Dan Gemurak
Umpan yang biasa dipakey oleh sidak untuk ngintey Selungsong atau MJ. Mun ada gemurak pun gohed juak. Cara nak tangkap, sama ada umpan pakey roti. atau jala dan tangguk.

Ikan Tamban
Umpan paling universal, semua ikan suka umpan tok. dari teknik floating dan bottom, semua ikan sangkut

Siar/Udang
Mun ada yang hidup memang kacak agik, beli macam macam saiz, dari kecik ke besar. Sapa terer jala ya memang ada kelebihan sitok. Mun kenak tempat yang betul, 30 minit jak dah cecah 7kg. Bayangkan Umpan siar 7kg, pengsan mok ngael, ngan udang sekali banyak pengsan dalam live bait kotan banyak.

Sotong
Paling best dipakey lebih lebih lagik bahagian janggut. Mun ada 1 by 1 lagik rancak. Sigek juak mun nak tauk orang ya terer ngael atau sik dari sitok dapat tangga cara kerat sotong. Jadi jangan cakap tinggi melangit kerana anda boleh diuji melalui sitok. Mun ditauk orang, seminggu kat kalan lom tentu habis kenak selak.

Umpun2 @ Kompon (tol nak eja tok kah)
Senang nak carik benda tok, asal nemu pantey ada longgokan daun bertompok-tompok, nyalah ya. turun jak tapi hati2 jangan temu oleh boyak. Aku pandey carik tempat, tapi mata aku lom cepat nangga nok nie ada dan nok nie sikda. Tangan pun kenak cepat untuk ceduk. Ilmu lok cukup. Macam member aku, ikan semilang agik dapat tangkap key tangan. Mun mok senang ekot style omputih kat youtube. tapi sik tauklah menjadikah sik.

Ikan Nyulong.
Ikan nyulong pun mauk juak tapi slow sikit. Tapi dalam slow ya bila kenak puas hati.

Mangrove crab

Carik jak kat pokok bako, asal kecik-kecik sedang-sedang jak saiz nya. gohed jak. Jangan saiz kedak ketam kalok. Ikan pun takut nak makan. Jangan kitak orang heran ikan macam krapuk, semilang, parik , kakas, MJ, even selungsong pun pernah. Ya kali dah kebulur gilak dah.

Teritip/Teritup
Mun nak target bream a.k.a kakas, pakey tok, kikis kan nok ada kat batu atau kayu, mun dapat amik isik sikit pakey umpan. Mana yang guguk kat aik, ya memang sia akan dipenuhi ikan kakas bila time aik nahan. tapi pastikan awal awal polah benda tok sebelum nak target ikan tok. Nak casting pun boleh, nak bottom pun boleh. ekot suka. Yang pasti saiz nya besar besar. Pecah rahsia aku...ha ha ha ha. Untuk kaki kayak singgah sebentar kat teluk karangan rah Tanjung Sipang, Gi area karang gantung. putit kan karang gantung ya. pakey umpan..

Isik Ikan
Mun sikda ikan kecik pakey jak isik ikan apa apa (tenggiri, sardin, gelamak, etc) pakey umpan, kerat jak sikit kait kat mata kael. kompom jalan.

So ya jak tips dapat pakey share untuk entri kali tok. Dalam dunia memancing tiada peraturan yang dikenakan, tapi kenak berdepan dan sesuaikan dengan apa apa situasi.

Sunday, January 31, 2016

Safety Tips : Berhadapan Dengan BOYAKKKKK

Salam semua...Lamak-lamak tok banyak jak kisah boyak. Tapi sebenarnya kisah boyak tok sebenarnya dah lamak dah, minak zaman dolok orang level nelayan tok sik gago. Bila di media sosial, ada yang nyalah boyak, ada yang back up boyak. So bila dipikir pikir, salah boyak kah salah manusia? Mun aku berik jawapan memang ada pihak akan sik berpuas hati. Jawapan aku manusia yang bersalah. Sebab satunya sikda kawalan dalam penangkapan ikan sehingga binatang lain pun tanggung sama akibat sikap manusia. Bandingkan saiz ikan di sungai pada tahun 80-an, 90-an dan kinek tok. Ya satu hal. Part kedua ialah pembinaan perumahan, jambatan etc pendek kata segala pembangunan. Pembangunan dipolah tapi alam sekitar sik di selia kawal. Kebanyakannya dah menceroboh habitat boyak. Part sesat ya memang lain cerita, Jadi biarlah pihak berkenaan yang amik tindakan. So apa salah kita? Rujuk Kitab Al-Quran.

Surah Al Baqarah : 30

Artinya: ' Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata:" Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbuh dengan memuji Engkau dan mensuci Engkau?' Tuhan Berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."." (QS Al Baqarah :30)


a. Kandungan ayat

Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi agar manusia dapat menjadi kalifah di muka bumi tersebut. Yang dimaksud dengan khalifah ialah bahwa manusia diciptakan untuk menjadi penguasa yang mengatur apa-apa yang ada di bumi, seperti tumbuhannya, hewannya, hutannya, airnya, sungainya, gunungnya, lautnya, perikanannya dan seyogyanya manusia harus mampu memanfaatkan segala apa yang ada di bumi untuk kemaslahatannya. Jika manusia telah mampu menjalankan itu semuanya maka sunatullah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi benar-benar dijalankan dengan baik oleh manusia tersebut, terutama manusia yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SWT

Jadi dah nampak apa kesalahan kita sendiri. Kita sebagai umat islam kita membaca/mengaji Al- Quran, Tapi kita sik mengkaji dan mengamal.

Tapi sidak Yahudi/Israel, sidak memang mengkaji/membaca, tapi cuma sik beriman kepada Nya. Sebab yalah management alam sekitar sidak tip top.

Ok, Ketepikan perbalahan sesama kita dengan boyak. Berbukut giney pun masih juak boyak ke hulu ke hilir. Jadi sikda maknanya. Bagi aku perkara yang penting ialah ilmu dan safety. Yalah keutamaan aku bila polah trip. Jadi akan share sedikit sebanyak apa yang aku tahu. Perkara yang paling utama, jangan buatkan diri anda sebagai 'food potential' di mata nya dengan keadaan duduk, mencangkung, menyelam separuh badan atau nampak palak jak. Part tok memang 100% kenak makan. Klik link untuk berita penuh

Berendam separuh badan



Distance - untuk landbase jarak yang selamat ialah dalam 6-9 kaki dari gigi air. Sekiranya berbentuk tebing ketinggian hendaklah sekurang-kurangnya 3 kaki tinggi dan jarak dari tebing lebih 3-4 kaki

Jenis permukaan - Pilih kawasan yang landai, dan bukannya curam, At least mana mana pergerakan air yang mencurigakan boleh dikesan awal.

Aktiviti boyak
Santai terngagak -  sikda nya gago ngan kitak orang...
Mun nya tengah berenang ya, jangan panik. member melimpas ajak.
Mun terapung macam - tengah merati sekeliling, jadi sik perlu bimbang, tapi bila nya dah menyelam kenak jaga. apa yang dipolah kitak orang hendaklah dihentikan serta merta, dan pegi tempat yang selamat. untuk boat base, sila pindah dengan penuh hati hati. elakkan daripada terlanggar. Sebab mode tok adalah 50/50. Amik masa dalam 10-15 minit, sebab boyak sikdapat nyelam pada masa yang lamak, Tunggu nya sampey timbul. Baruk teruskan aktiviti seperti biasa.

Dress code - elakkan makey baju merah. nya bukan manas macam kerbo, tapi nya lebih attracted kepada warna ya. Paling bagus pakey camo, kadang-kadang nya sik perasan ngan kitak orang.

Sentiasa alert - mun nangga gerak geri nelayan termasuk caster, mesti nya toleh kirik kanan depan semasa mengarau. Selain daripada menikmati keindahan alam tok lah sebabnya.....so practise selalu, mun dah biasa, pada jarak yang selamat dah boleh kesan kehadiran boyak.



Reason kenak kitak orang jangan mencangkung, duduk dan etc. Macam tok lah rupa kitak orang di mata nya.



Jadi manfaatkan ilmu yang ada dalam entri tok. In Sha Allah....

p.s : seganas-ganas boyak takut juak ngan memerang...



Saturday, January 16, 2016

Kembali beraksi untuk landbase

16/01/2016 
0600 hours - Nangga jam tide aik agik kering. rasa rasanya sempat nyak nyelepat pagi tok. 

0700 hours - Sampey jak ke tempat nak di cuba, rupa rupanya aik dah lebih dari setengah. Pui menar...jam sik accurate. Tambah agik almanac sikda. Jam sik sama dengan tide aik. Jengok kiri, jengok kanan. Sunyi jak. Ikan kecik-kecik tok banyak, tapi pemangsa nya dah sampey ke hulu. Jadi amik keputusan tunggu.

0844 hours - aik dah nahan dan mula nak surut. Ikan belanak dengan gemurak masih bekeliaran. Masih lom ada tanda tanda. Mun tunggu paling-paling tengah hari bok ikan dari hulu mula turun. Last-last amik keputusan balit. Sebelum balit calibrate jam dolok.



1400 hours - Nangga jam dah nampak ok jak rupa aiknya. Mupuk dah nahan. barometer pun kacak. 1009 Mun anak pasang tok barometer masih konsisten. Memang ngam. Agik mikir siney tempat nak diserang. 

1455 hours - Cuba jengok kat tambak bako. Sebelum nait ke tambak pending. Adalah brapa orang angler berbangsa Cina sedang mencuba, Aku just perati jak keadaan aik. Rondeng ngan mem mok ngael sitok. Kejap jak masa nangga kebur aik lain dari lain, Bukan nya bulan ya, percikkan aik dan bunyi pulp nya tang nampar jak bunyinya. Cina ya pandey sik perasan agik. Pendek cerita, target sitok terus. Sik jadi nait ke tambak pending.

1536 - masih sik puas hati juak boiling aik ya tang lain bunyi. Swap makey softbait putih sik giney giney nya terus sambar. Akhirnya berjaya juak nait sekok selungsong kecik. Jadilah daripada kumpau...Alhamdullilah..







1600 hours - Mem mala set hook, tapi mala terlepas, Last-last nait juak sekok, ikan semilang
1625 hours - Masih ada 2 -3 kelibat ikan selungsong yang masih bermain di sitok. Masih cuba makey softbait. Tapi paras dan warna aik pun dah mula tukar. Kenak tukar strategi tok amik kaler natural appearances. Bila dah tukar, tikam jak ke dalam aik. Lom papa dah disambar terus. 



Extremely excited
Giney-giney masih juak ada yang berkeliaran. Asal siney jak nya muncul tikam. sampey time out. Aik pun setengah , Aktiviti ikan sia pun dah kurang meriah. Cuma sempat tapau 2 ekok jak. Nok lain-lain ya pakey sidak lain atau kemudian hari. Syukur jak apa yang ada daripada sikda.




Warm up session untuk 2016 dah berjaya dilakukan. Mungkin tok ajak kali, Rezeki bukan aku yang tentukan, aku cuma hanya boleh usahakan. Sekian..




Monday, January 4, 2016

Sekadar Idea Untuk Penambahbaikan Sistem Elektronik

 Setiap bot dan kayak mesti ada gajet. Bila dah ada gajet semestnya perlu bateri 12v. Tapi brapa lamak jak tahan baterinya dan brapa banyak bateri 12v nak dibekal. Tapi mun mana yang pakey bot, proper wiring boleh cover untuk cas bateri masa enjin running, mun nya sik running enjin? Mana yang makey kayak, brapa banyak bateri nak dibekal? ya pun tahan brapa lamakBila makey bateri besar, kapasiti power memang besar, tapi berat. bila makey bateri saiz kecik, kapasiti power nya pun kecik. tapi ringan. Besar salah kecik pun salah. last last kayak berat macam kapal kargo. Setelah servey-servey dalam http://www.lazada.com.my boleh dikatakan 100% barang yang dicarik berdasarkan spec senang dicarik dengan harga yang berpatutan. Pokok pangkal nya mun rajin nak polah memang menjadi projek tok.

Jadi apa yang diperlukan adalah solar panel, charger controller dan bateri motosikal/kereta. Mun makey bot pakeylah bateri kereta, mun kayak pakey bateri motosikal.

Solar panel yang disarankan ialah untuk ngecas bateri motosikal adalah 12v 5w , tapi aku jumpa 12v 10w dan saiz nya panel ada dalam 34.5cm X 23 cm X 1.8cm




Barang seterusnya adalah charger controller. function benda tok control karan supaya bateri sik over cas dan sik merosakkan bateri dan peralatan elektronik. feature lain adalah usb port boleh untuk kegunaan lain-lain. nak cas handphone camera, pump oksigen, pump aik. rembat jak, karan sik pandey habis. Silap hari memang pasang kipas USB. Bateri weak nya akan cas, karan akan direct dari solar. Turun tanpa cas bateri pun sik cuak dah kali.


Dan barang terakhir adalah bateri kereta/motosikal. Sambung ke semua nya dan sekarang dah karan tahap infinity. Nak letak dalam kayak pun boleh, nak letak dalam bot pun boleh. Risiko untuk teknikal error pada barang elektronik kurang. Kos untuk beli agak murah dan boleh dimiliki.