crosscollumn

Wednesday, February 10, 2016

New layout dan sedikit perubahan

 Salam semua, just nak madah ada sedikit perubahan layout blog tok untuk desktop viewer di mana akan ada advertisement tertentu. Jadi admin akan cuba set sebaik mungkin penjualan barang dan peralatan ngael yang boleh dibeli secara online. Jadi buat masa tok admin agik tengah explore. Jadi mungkin ada iklan yang agak mengarut atau tersasar.

 Then belah kanan ada link youtube yang boleh dimanfaat oleh viewer. So Admin akan feed channel ngael berunsurkan infotainment. Jadi boleh kita belajar dari sia sambil cuci mata mun ada masa free.
Buat masa tok lom sesuai untuk pengguna smart phone disebabkan oleh plugin dalam telepon sik support.


Tuesday, February 9, 2016

Kumpau??


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa kabar kitak orang tek? So how is your day masa ngael. Oleh banyak? Miss call? atau kumpau? Oleh banyak dan miss call ya kira ok. At least merasalah tarikan sikit. Tapi bagi yang kumpau, well boleh dikatakan a bad day fishing is better than a good day at work. Ok, Hari tok admin nak share sikit tips and how to improve to be a better angler. First basic of the rule. Jangan itok ikan yang terlepas, tapi amik pengajaran dari kesilapan yang anda buat. Jika anda tertewas, it was a good fight dan jadikan pengalaman untuk anda untuk improvekan fighting skill. Bila dah rezeki, In Sha Allah akan ada round 2. Put your skill 100%, Show everything what you got. Kalah lagi, repeat agik. Mula-mula start memang kumpau, putus hilang lure masa fight, terlepas, jangan dikata agik. Tapi dah nama rezeki, nang sentiasa bertemu, nang sentiasa tewas. tahun demi tahun. dan akhirnya admin dah paham selok belok. Jadi admin share sikit video masa agik tengah dalam proses belajar. Zaman dolok neda FB, semua kenak research kedirik dan kongsi.






Dari video tok banyak yang admin belajar. Salah satunya fighting skill kurang. Pemahaman setup setiap peralatan agik average 50%. agik amik feel dan perlu diubah dari semasa ke semasa berdasarkan trial and error dan fighting personaliti. Once dah nemu kombanisi yang bagus, Mungkin akan downsize line etc. Ya part pertama.

 Jadi soalan kedua, Selepas trip yang kumpau atau putus, ada sik antara kitak orang review balit trip kitak orang? Apa silapnya atau terus menganggap sikda rezeki?

Mun nak improve belajar dari kesilapan. Tapi kadang-kadang sedar tapi sik menitikberatkan. Di mana silapnya? Jadi toklah kesilapan yang biasa dilakukan..

1. Masa - untuk aktiviti saltwater, masa adalah penting, di mana kita kenak ekot tide sungai, bukan ekot suka. Untuk certain ikan, nya akan terlebih aktif, dan memudahkan kita untuk dicarik. tapi bila dah tide tinggi. terpaksalah masuk ke ceruk-ceruk sungai kerana nya kurang aktif.

2. Lokasi - first sekali kenak kesan siney lubuk, baruk dibahagi ke tempat kawasan rondaan. Kawasan rondaan pun kenak ekot dengan masa atau pun cycle. Macam di sungei ekot ketinggian air, mun di laut nya makey cycle lebih2 lagi mun di batu mandi atau submarine. Sebab ya lah ikan mangsa jadi macam chipmore. Jadi kenak dibantu oleh peralatan elektronik. Certain tempat memang sensitif dengan alam sekitar. Gangguan yang terlalu gilak pun boleh madot olehnya.

3. Aktiviti - Makin rancak aktiviti ikan makin bagus, tapi sunyi sepi sik semestinya sikda. Sikda salah untuk mencuba tapi peratusan untuk dapatkan ikan sasaran amat kurang.

4. Lure selection - part paling selalu silap ialah pemilihan lure, kadang-kadang admin pun buat silap. sebab keadaan lebih kurang jak. Tapi mun dah salah pilih part tok, semua terpaksa terjun dalam aik. Kadang-kadang orang madah ikan tok sik milih, tapi kita sik tauk apa dipikey nya, Jadi amik senang admin tikam duit seringgit dengan duit seratus nok nie kitak orang pilih. Orang biasa mungkin akan nanga dari nilai duit, tapi pernahkah nak mikir dari segi warna? biru kah ungu, mun dari segi saiz duit ya besar atau kecik... :)

5. Persembahan - sik semua persembahan lure adalah sama. mirco jig lain, softbait lain, hardbody lain. Tapi paling bagus, present dengan bentuk seakan akan semula jadi. 

6. Keadaan air - walau apa pun keadaan, ikan tetap ada, cuma ekot keadaan air sebelum menetapkan ikan sasaran. mun berkeras juak target ikan sasaran seperti selungsong, mangrove etc. carik lokasi dan keadaan air yang hampir sesuai dengan spesis ikan yang di target. Faktor tok boleh di atasi dengan bantuan warna lure.

7. Cuaca - tapi hari mun baruk ujan masih boleh terima, mun dah 4 jam hujan berlarutan. ikan ada, tapi spesis yang tidak dikehendaki. Selepas 4 jam hujan, tapi  hari panas. sebagai permulaan carik kawasan kedalaman kurang dari 6 kaki.

Biar berujan janji strike.




8. Barometer/arah angin - certain spesis ada pengaruh ngan barometer, tapi certain spesis sik terpengaruh..


Ok hadam part tok..kenak setiap kali admin nak target selungsong, admin raon-raon lok, molah servey etc...tang turun terus dapat. gambar tok akan menerangkan semua nya.. Once dah dapat tangkap setiap masa untuk setiap spot, admin akan mark masa nya.





Ilmu dah dikongsi cuma selebihnya kenak dipraktik. Tapi bukan keja yang senang, sebab admin amik masa paling pendek pun dalam 6 bulan.

Base on log mistake ya admin, yang dishare tadik.  pagi ya admin berada hijo pertama time aik setengah. masa aik surut sampey kering, masa aik kering dan start anak pasang admin pecut ke tambak bako. sekarang admin berada di tompok hijo yang ketiga... i'm hitting the g-spot. itulah helah nya...

Apabila Casting Sik Menjadi.


Salam nyet semua.....
Tengah aku dok kalan semariang ada idea baru untuk tambah entri. Topik ari tok adalah live bait. Masa tengah bergaut turun ngael. Apatah lagik bila part turun acara bidan terjun. Sempat-sempat amik rod dan lure box. Bila dah dalam tengah casting ya semun ikan nak terkam lure. Sebabnya adalah tekanan dari aktiviti memancing atau banyak gilak miss call. Last-last floating atau bottom jak lah. Mun kat laut senang jak nak carik umpan, Turun 7 eyes, dah mengambor umpan. Sik habis key umpan embak pulang dapat key makan. Tapi mun kat sungei dan laut, banyak benda boleh pakey umpan dan kitak orang pasti sik jangka apa yang boleh jadi key umpan. Sebab ya lah bila ngael sikda law, melainkan bertanding. Apa yang bagus key umpan macam nie nak carik umpan. Ok hari tok aku share sikit tips yang selalu dipakey bila dah hari sik menjadi. Kelebihan pakey umpan hidup adalah nya boleh trigger balit untuk ikan jadi frenzy akibat daripada miss call. Lebih kurang kedak chunking juak, tapi chunking tok sik lokek ngan makan. tabur jak isi ikan, darah, sisit dan etc. Tapi taktik 2 dalam satu, ngael dan chunking. Dalam masa yang sama kitak orang pun boleh lepak kelakar apa semua, daripada diam fokus ke casting.

Ikan Belanak Dan Gemurak
Umpan yang biasa dipakey oleh sidak untuk ngintey Selungsong atau MJ. Mun ada gemurak pun gohed juak. Cara nak tangkap, sama ada umpan pakey roti. atau jala dan tangguk.

Ikan Tamban
Umpan paling universal, semua ikan suka umpan tok. dari teknik floating dan bottom, semua ikan sangkut

Siar/Udang
Mun ada yang hidup memang kacak agik, beli macam macam saiz, dari kecik ke besar. Sapa terer jala ya memang ada kelebihan sitok. Mun kenak tempat yang betul, 30 minit jak dah cecah 7kg. Bayangkan Umpan siar 7kg, pengsan mok ngael, ngan udang sekali banyak pengsan dalam live bait kotan banyak.

Sotong
Paling best dipakey lebih lebih lagik bahagian janggut. Mun ada 1 by 1 lagik rancak. Sigek juak mun nak tauk orang ya terer ngael atau sik dari sitok dapat tangga cara kerat sotong. Jadi jangan cakap tinggi melangit kerana anda boleh diuji melalui sitok. Mun ditauk orang, seminggu kat kalan lom tentu habis kenak selak.

Umpun2 @ Kompon (tol nak eja tok kah)
Senang nak carik benda tok, asal nemu pantey ada longgokan daun bertompok-tompok, nyalah ya. turun jak tapi hati2 jangan temu oleh boyak. Aku pandey carik tempat, tapi mata aku lom cepat nangga nok nie ada dan nok nie sikda. Tangan pun kenak cepat untuk ceduk. Ilmu lok cukup. Macam member aku, ikan semilang agik dapat tangkap key tangan. Mun mok senang ekot style omputih kat youtube. tapi sik tauklah menjadikah sik.

Ikan Nyulong.
Ikan nyulong pun mauk juak tapi slow sikit. Tapi dalam slow ya bila kenak puas hati.

Mangrove crab

Carik jak kat pokok bako, asal kecik-kecik sedang-sedang jak saiz nya. gohed jak. Jangan saiz kedak ketam kalok. Ikan pun takut nak makan. Jangan kitak orang heran ikan macam krapuk, semilang, parik , kakas, MJ, even selungsong pun pernah. Ya kali dah kebulur gilak dah.

Teritip/Teritup
Mun nak target bream a.k.a kakas, pakey tok, kikis kan nok ada kat batu atau kayu, mun dapat amik isik sikit pakey umpan. Mana yang guguk kat aik, ya memang sia akan dipenuhi ikan kakas bila time aik nahan. tapi pastikan awal awal polah benda tok sebelum nak target ikan tok. Nak casting pun boleh, nak bottom pun boleh. ekot suka. Yang pasti saiz nya besar besar. Pecah rahsia aku...ha ha ha ha. Untuk kaki kayak singgah sebentar kat teluk karangan rah Tanjung Sipang, Gi area karang gantung. putit kan karang gantung ya. pakey umpan..

Isik Ikan
Mun sikda ikan kecik pakey jak isik ikan apa apa (tenggiri, sardin, gelamak, etc) pakey umpan, kerat jak sikit kait kat mata kael. kompom jalan.

So ya jak tips dapat pakey share untuk entri kali tok. Dalam dunia memancing tiada peraturan yang dikenakan, tapi kenak berdepan dan sesuaikan dengan apa apa situasi.