crosscollumn

Friday, October 30, 2015

Gear Up Everyone, Choose Your Weapon. (Part 2)

Sekali nyet sik lepas rokok dari mulut
Salam nyettt semua, 

 Entry last kita pilih rod. Entry kali tok kita pilih reel. Reel tok senang jak. Terbahagi kepada 2, baitcast reel dan spinning reel. Bah macam nie rupa baitcast? macam nie rupa spinning? Kadang-kadang reel pun sik tauk. Cerita punya cerita, key gulung tali nama benda ya tek. hik hik hik hik. Bab pemilihan reel tok sik juak susah. cuma brand yang berbeza-beza. Ketahanan yang berbeza, Performance pun berbeza. Giney2 pun ekot bajet orang juak ujungnya. Jadi entry tok cuma cerita pemilihan reel, kelebihan dan kekurangan reel. Sikda nak madah reel nie paling top, reel nie paling jaik. Yang membezakan cuma adalah tahap ketahanan dan performance.

Baitcast reel

Shimano Curado lowprofile reel

Terbahagi kepada 2 iaitu low profile baitcast dan round baitcast. Terdapat beberapa saiz bermula pada 50, 100, 200, 300 dan 400. setiap model ada 2 jenis(sik semua) kayuhan kanan (right handle) dan kayuhan kiri(left handle). Baitcast reel tok mun orang nangga nang pelik rupanya, makey pun terbalit. Banyak orang madah makey baitcast reel tok susah, mudah berjarut a.k.a birdnest. Tapi mun dah expert, sikda masalah. dan aku akan kongsi sikit ilmu makey baitcast tok. jadi giney nak overcome birdnest. Tapi kenak banyak praktis bab casting sebab masalah utamanya memang part casting. Just keep practising until your thumb develop the six sense to stop the spool. 

cara melaraskan brake



Apa kelebihan guna baitcast reel?

  • Ketepatan (Accuracy) - paling efektif untuk lontaran spot dengan tepat
  • Control - kawalan lontaran untuk jarak dan arah.
  • Power - untuk pulling power yang tinggi kerana tiada sistem bail.

Kekurangan menggunakan baitcast reel


  • Tali utama cepat haus/rosak, proper adjustment will reduce the problem.
  • Pengguna akan mengalami masalah jarak lontaran untuk lure yang ringan. Finnese setup disarankan



Cara Penggunaan




Tips :

  1. Asas lontaran yang perlu dibelajar oleh seorang pemancing sidecast, overhead, backhand.
  2. Sekiranya kitak orang berada dalam keadaan berlawan arah angin, Kitak orang disarankan untuk melontar dengan teknik side casting untuk mengatasi masalah birdnest.
  3. Sekiranya ada berada di bawah pokok, lontaran sidecast atau backhand sesuai digunakan.



Spinning reel


 Mun di sebut krekan tok, lom tentu orang tauk, Mun bahasa lain nya spinning reel orang nunggah baruk orang tauk. Boleh dikatakan spinning reel adalah reel pilihan utama kerana penjagaan nya adalah mudah dan senang digunakan dan kurang bermasalah berbanding dengan spinning reel. Boleh dikatakan multiplier pun reel. terdapat banyak saiz,bermula daripada 500, 1000, 2000, 2500, 3000, dan 4000.


Cara penggunaan 



Kelebihan :-
  • Untuk setup ultralight, memang sik dapat dilawan.
  • Multiplier untuk teknik casting dan jigging.
  • Tali utama tidak mudah rosak/haus.
  • Untuk jarak lontaran yang jauh.
Kekurangan :-
  • Jarak lontaran dipengaruhi keadaan gap pada spool lip.
  • ketepatan dan kawalan kurang.
Tips :- 
accurate casting on spinning



tapi untuk orang kidal macam aku memang bermasalah sebab arah pusingan tali menjurus kepada sangkut kat celah jari, bukan jadi accurate tapi jadi stopping.tapi ya bukan alasan untuk tidak belajar dan mengetahui.

Ketahanan.

 Ketahanan reel di amik kira. Faktor utama adalah ialah tempat memancing. Reel freshwater dan saltwater mempunyai daya ketahanan hakisan yang berbeza. Reel freshwater boleh juak dipakey untuk saltwater, tapi memang rutit untuk di jaga/servis. Setiap kali dipakey kenak servis,so persoalannya berapa lamak tahan nyawa nak servis setiap kali dipakey. Seminggu?Sebulan?3 bulan? setahun. Secara sik langsung kos penjagaan bertambah. Silap2 kenak beli baru reel mun dah part nya terhakis oleh aik masin. Tapi reel spec saltwater memang sikda masalah untuk dipakey ke freshwater. mun agik tahap freshwater, arum bulak baruk celah gigi jak nya tahap hakisan kekaratan. Jadi kenak amik kira nya pun frame berdasarkan bahan graphite, aluminium ataupun magnesium. Hal ini perlu di amik kira kerana ianya penentu ketahanan peralatan dan juga keteguhan

 Selain daripada daya ketahanan hakisan, Daya asakan oleh pemangsa juga di amik, kadang kadang kenak hentam ikan besar, tapi faktor tok agak kurang kerana terdapat alatganti yang dijual oleh pengeluar. malah ada juak si pemancing yang meng'upgrade' atau modified alatan dalaman sperti drag washer dari abestos ke dartanium, atau carbontex, Bukan setakat drag washer tapi ada juak upgrade bearing stainless steel ke ceramic bearing untuk mendapatkan lontaran yang lebih jauh.

Kesimpulannya, kedua-dua jenis reel ada kelebihan dan kekurangan. jadi kenak explore untuk fully utilize. Tak perlu dipersoalkan nak nie bagus sebab bagi aku, ianya sama sahaja.

It is like asking, "what's better, a screwdriver or a hammer?" Well, you got a screw or a nail in the other hand? There's your answer. They're both tools for different situations.

Jadi topik seterusnya lure. Bila release? Tungguuuuuu 


No comments:

Post a Comment