crosscollumn

Tuesday, December 29, 2015

Back In track. Banyak nak di catch up balit...

 Salam semua, lamak sik turun turun ngael, lamak tok nangga kat dalam fb jak. Sakit juak mata nangga. Maklumlah banyak benda nak di agak time tok, ya pun dah mupok - mupok kurang. Yalah kita tok jaga orang mude, dah nak masuk 3 bulan. Selalu jak embak kelakar tapi apa dikelakarnya. Gambar sebelahnya nya tetak ayahnya sikdapat gi ngael. Gik rasa kitak sik dapat gi ngael. huhuhu Lamak tok dah bertapa dah upgrade barang dikit-dikit. Antaranya smart phone, fishfinder, lepas kes hp terjun dalam aik, kualiti gambar dah kurang dikit, tapi Alhamdullilah, dah terima bonus alu upgrade ke HP baru. Coming soon mun ada rezeki cuba nak angkat action cam ya murah jak. Mun nak mahal pun sikda juak gunanya sebab kualiti pun lebih kurang. Jadi baru-baru tok dah start nak turun, bini dah habis pantang. tapi sik juaklah heavy gilak. Hari pun mala hujan, tapi sikda juak masalah bagi aku sebenarnya, cuma mun dah terlalu gilak hujan suhu aik drop sampey ikan pun sik aktif. Certain spesis jak yang aktif. Jadi buat masa tok cuma catch up lokasi-lokasi dari semasa ke semasa. Sambil-sambil ya ngetest camera dan cuba adapt nya pun kelebihan dan kekurang. Port pertama yang di singgah adalah area salak, tapi malangnya ada jaring. Cuba punya cuba alu sik mauk ikan mok makan. Selalunya mun agik sekok 2 memang ada mok nerkam. Tapi kali tok memang sik mauk terus. Habis kenak jaring kali.

 Jadi kedong cuti 4 hari, singgah kat tambak pending. sekok buntal jak dapat. Kenak agik aik sejuk.  Peratusan nak dapat ikan pun kecik, jadi molah makin parai. Tapi at least nya bergetar juak ujung rod. lepas turun tok alu lenguh lengan. Kotan lamak sik turun.

Bila dah kepak, start tangan terkutis-kutis ngan kamera.






Hari minggu serang lagi di lokasi lain, Telaga air, kedong raon-raon alu bertemu dengan tempat tok.


Kesimpulan yang boleh ku madah kat area telaga air tok, better pegi time aik medok, awal pagi atau malam. Kawasan banyak ke berpasir ada area berbatu karang. Teknik yang sesuai time tok adalah secara pancingan dasar. Range untuk ikan yang akan sangkut agak luas (Senangin, Parek, Gelama, Tudung Periuk). Casting pun ada potensi tapi mungkin aku pegi pada masa yang salah. Dahlah lekak hujan, aik karuh, sejuk dan aik deras. Kelibat ikan yang bekeliaran kat jeti tok pun ada. Tapi saspek memang anak blokok a.k.a GT. Yang lain-lain mungkin alu-alu.


Thursday, December 17, 2015

The Black Art of Retrieving (mengarau)

 Tikam golong tikam golong, berpeluh ketiak dok merokok lok. Kepak dah. Garuk palak aku nangga. Lain orang lain style, tapi hari tok share sikit ilmu. Kemungkinan ada yang akan dapat ilmu baru, dan ada yang dah pernah ngamal. Jadi ada ilmu basic dan advance dalam entry tok. Lepas baca, bear in mind dan praktik kan selalu. Kunci utama adalah sabar dan jangan gopoh. Biar lure ya dalam aik selama yang boleh.

Retrieving

 Basic retrieving yang selalu dipakey adalah terus menerus, teknik asas yang selalu digunakan untuk mereka kurang pengalaman, tikam golong, tikam golong cepat kepak makey skill tok lebih lebih lagik mun rod nya berat macam kayu bako. Macam aku juak tangan besar sebelah, ingat orang molah keja lain.(paham paham jak lah). Ada masa perlu makey skill macam tok untuk spesis tertentu sahaja. Sik semua nya ngasi makey teknik tok.

Retrieving-Twitch

 Jadi mun dah ada pengalaman makey skil , retrieving-twitch(no pause) dan berulang kali. Boleh juak tapi sikda salah. aku pun pakey skill tok untuk tempat inshore area. 70% aku makey skill tok bila dah sampey area inshore dengan kedalaman air 20 kaki. Sebab nya aku mok reduce line slack menyebab ikan terlepas. Mun dah makey tinggi juak ilmunya. Contoh teknik adalah seperti di video kat debah.


 Jadi brapa banyak perlu retrieving-twitch tali? Sukati, 1/4 atau 1/2 pusing handle dah cukup. asal dapat kurang slack dan tali dalam keadaan bersedia untuk strike.

Retrieving-Twitch-Pause

 Untuk area sungei, aku lebih suka makey sistem retrieving-twitch-pause. Apa beza nya ada pause dengan sikda pause. Ada pause? Apa kelebihan untuk makey lure jenis minnow? Ingat sik topiknya pasal 3 sifat buoyancy - floating, suspending, dan sinking. Sekarang dah ingat, mulai sekarang anda akan fully utillize sifat lure tersebut. Ada extra advantage kat sia. Berbanding yang makey sistem retrieving-twitch, Kita dah add tambah lagi percentage dan presentation untuk jadikan lure kita sebagai sasaran pemangsa. Jadi kenak hati-hati penggunaan lure berdasarkan enviroment. Jangan salah pilih dan salah pengiraan. Bila salah pilih dan salah pengiraan, maka bersedialah untuk tersangkut kat dasar.  Mok tambah lagik percentage dapat ikan, pakey sistem 1-3-5-7-9. Apa sistem 1-3-5-7-9? No toto kah geng. no ya adalah kira masa untuk saat semasa pause. mungkin kali pertama makey kiraan 1 saat per pause, kali kedua 3 saat per pause, dan seterus untuk tempat yang sama, then baruk lontar ke tempat lain.

Micro twitch

Macam Jigging, casting pun ada seni nya. sama seperti Retrieving-Twitch-Pause, Bezanya adalah jarak pergerakan rod. Jadi apa itu micro twitch? Micro twitch cuma menggerakkan 1-2cm hujung rod. ianya untuk menggerakkan lure sedikit demi sedikit. Berbeza dengan teknik retrieving-twitch-pause, yabg perlu jarak yang besar 10cm-1kaki untuk gerakkan hujung rod. Reason nya adalah untuk menambah aksi sakit ati dan sakit mata pemangsa semasa di strike zone. Micro twitch tok sebenarnya untuk SP pun teknik, tapi bila di praktikan ke hardbody, nya akan create aksi yang berbeza. tapi mun silap kiraan memang akan berjarut ke leader. Certain lure akan berputar 90' dan kadang kadang boleh mencecah 180'. Before nak cuba kenak test dolok before apa behaviour lure yang akan buat. Sik semua nya sama. Bila dah dapat macam nie aksi yang akan dibuat. sikda salah untuk mix teknik retrieve. Jadi jangan bergaut nak retrieve lure cepat-cepat...ilek ilek ler....every second the lure in the water. Its increase the odd to catch fish.




Monday, December 7, 2015

Tips Landbase Casting : Locate the Hunter or Haunted

Taktikal dan Teknikal
 Sepanjang aku terlibat ngan casting, banyak juak benda yang telah ku belajar dan praktik, Benda paling ku rajin nak polah ialah merati dan mengkaji. Skill tok amik masa juak untuk develop dan paling penting sekali sabar menunggu. Landbase tok sik macam kedak boatbase. Mun pakey bot, segala gajet ada untuk membantu mengesan ikan. Tapi mun landbase, perlu pengalaman dan skill. Harap-harap entry kali tok dapat membantu kitak orang untuk mengesan kawasan yang berpotensi untuk mendapat ikan dengan menggunakan sekali imbas. Jadi apa si caster perlu tangga dan carik.


Struktur Kawasan
 Struktur kawasan tok banyak juak nak diperati. tapi secara kasar nya adalah pokok, reba, permukaan dasar, dan kawasan berbatu. Ya adalah perkara paling asas perlu diutamakan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko lure sangkut semasa mengumpan pemangsa. Mun dah sangkut tok banyak masa terbuang olehnya. Mun putus lain agik cerita. Kedua adalah membuat jangkaan si pemangsa akan bertapok atau menunggu di kawasan ya. Macam kawasan tok memang berpotensi untuk kaki kayak atau botbase, tapi oleh kerana bot aku sikdapat turun kawasan tok, terpaksa landbase. Sigek agik part nak bertempur klak senang nak overcome ikan seperti Manggrove Jack atau kerapu sebab taktik ikan tok memang jaik akal. Lepas nerkam nya akan balit ke tempat asal siney nya bertapok. Tapi risiko nya memang memang ada. Kenak rajinlah pegi masa tide aik yang berbeza.

 Sigek agik jenis pokok. mun kawasan pokok nipah memang ada yang dah tauk. Pokok bako bukan semua pokok bako boleh diterjah, So far aku boleh kenal pasti 2 daripada 4 jenis pokok bako. Tapi rata2 kat sarawak tok ada 3 jenis pokok bako iaitu pokok bako minyak, pokok bako kecik dan pokok bako pano/kurap. Macam nie nak bezakan ialah dengan diat struktur akar, Mun akar nya tang lurus dan licin jak rupa, ya adalah pokok bako minyak.
Pokok Bako Minyak

 Mun akar nya bengkang-bengkok dan rupa nya kasar, ya adalah pokok bako panau/kurap. Pokok bako kecik sama fizikal dengan pokok bako minyak, minak nya kecik jak, sik lebih dari 5 meter tinggi. Jadi pengajaran, Jangan sekali ngagak pokok bako pano. Boleh dicuba sekali tapi jangan buang masa, Sik tauklah kenak ikan sik suka main kawasan tok. Kali gatal cerik nya. Wallahu a'lam.
Pokok Bako Panau/Kurap

Tapi mun kawasan sikda pokok apa cerita? Mun kawasan berpokok sikda amik faktor yang kedua, iaitu permukaan dasar. Apa yang patut dicarik ialah reba, teritip dan drop off a.k.a arong@radak. Kawasan radak tok selalunya spot kesukaan orang untuk carik umpan siar/udang dengan menjala. Mun ada siar/udang bermain, adalah yang akan menunggu. Amik senang, kedak anak pusak main kat kotak. Mun sekok nunggu dalam kotak, bila adik-beradik nya melimpas, memang nok dalam kotak lompat keluar dari kotak. sama ya juak konsep ikan. Nya akan menunggu dan terkam bila ada sesuatu yang melimpas kawasan arong.


Mun kawasan arong sikda. cariklah lah kawasan berbatu. Jadi gambar tok(kawasan yang sama) dah ada slope, kawasan berbatu dan kawasan pokok bako minyak. Jadi pilihlah siney yang disuka.


Pokok Bako Minyak + drop off  + Batu


Aliran air

Ngael di sungei bukan macam ngael di kolam. Kolam air nya sik mengalir, tapi mun sungei air nya mengalir, bila dah tide masuk aik angkat, makin lah deras aik nya. Jadi Siney patut nak ngael? Tunggu atau carik port yang bagus. Jalan penyelesaian untuk situasi tok adalah carik flow aik yang cun. Jadi antaranya adalah

Outside/inside bend
Untuk kawasan outside bend aliran air adalah deras, Jadi masa aik medok memang sesuai untuk ngintey kawasan outside bend, tapi masa aik angkat/deras better target area inside bend, sebab ikan memang akan carik kawasan aliran air slow





Kawasan berbatu
Mun kawasan berbatu better cuba cast di belakang batu. Bila air mengalir melalui kawasan berbatu, kederasan aik agak slow sikit. Sesuai dijadikan tempat berteduh atau tempat menunggu untuk pemangsa melakukan ambush bila mangsa yang melintas.


Kawasan teluk
Port kesukaan aku, kawasan berteluk. reason sama. Dan bermacam - macam spesis selalu berkampung kat sitok. Casting dan light set bottom memang cun. Bila embak nembiak, memang aku akan ngintey tempat tok sebagai keutamaan, jadi nembiak pun sik lejuk nak nunggu ikan menyambar. 


Kawasan ripple
Kadang-kadang bila kesuntukan port masa tanding. aku akan makey teknik tok dolok. Sik kira siang atau malam. tetap nampak. Carik area tok dolok then baruk scan makey fishfinder. mun ripple tok konsisten lagik bagus. Kadang-kadang nya terjadi akibat tiupan. angin. Kawasan macam tok juak ikan blokok suka bermain. Sekiranya ada berdekatan dengan landbase. Nasib kitak orang memang bagus.



Cantuman Sungai
Bila aliran air bertembung akan menghasilkan kawasan air yang neutral. Mun landbase memang cun, tapi bot base kenak jaga. Majoriti kawasan tok akan wujud bila aik surut. Jangan layap sik pasal-pasal bot jadi ikan temakul. 


Aktiviti kehidupan
 Aktiviti kehidupan tok berdasarkan aktifnya pemangsa dan mangsa. Jenis pemangsa tok bergantung kepada jenis mangsa. Kehadiran mangsa tok bersilih-ganti berganti berdasarkan pasang surut air dan terdiri daripada siar, nyulong, pusuk, ketam(mangrove crab), gemurak dan belanak. Jadi kenak diat juak bila nya aktif, dan bila nya semun.  Mun dah semun tok selalunya ikan akan menghabiskan masa nya mengeram. Certain ikan boleh di target bila - bila masa. Mun nak target spesis kakas(bream), faktor teritip diutamakan dan kejernihan aik di amik kira. Belajar alert dengan persekitaran dan asah skill. Walaupun sungey yang sama, tapi once berpindah 500 meter. Enviroment dah berubah. Sebab nya adalah faktor struktur kawasan dan water flow. Video kat debah di amik kat damai central, mungkin ada yang sik perasan tapi apa yang ku tangga cuma dapat ditafsir melalui video.