crosscollumn

Monday, November 2, 2015

Hardbody Lure (basic)

 Salam Geng.. sik gi casting tek? Bah ada oleh sik? kumpau? kwang kwang kwang. Perkara biasa ya, tapi pernah terpikir apa punca dan silap. Dalam entry tok cuma explain benda yang asas jak iaitu jenis. Bagi yang baru nak berjinak dengan hobi tok memang sikda petunjuk. Mun dapat ngan kedey sekali mok di beli nya. Ada juak yang bertanyak ngan member2 yang dah lamak terjebak dengan benda tok. Ok, kita selongkar teori. Nak beli pun bukan sebarang beli, asal keluar yang baru, berkakan terus sambar. Tapi style aku fikir-fikirkan dolok. Polah research tempat playground, kedalaman dan faktor tekanan daripada pemancing. Mun pasal brand. semua brand lebih kurang, tapi ada yang kurang, mungkin dari segi kualiti warna, persembahan dan ketahanan. Tapi jangan anggap, brand mahal tahan, tapi brand mahal pun kadang-kadang pecah juak kenak hentam, mun dah pecah sikdapat nak madah apa. Aku makey dekat nak semua produk yang ada, cuma lebih menekankan aspek pemilihan warna. Cerita bab warna akan menyusul kemudian.
Yozuri : crack dan bite mark (Rm30)
Hinomiya : tercabut (RM15)
bukan sigek tapi 2. 

Jenis Lure

Topik aritok, kita kelakar pasal hardbody lure, Dari Rapala, Storm, Ofmer, Hinomiya, Zerek, dan etc.
Bah nak nie satu nak dibeli. Asas pertama yang perlu tauk ialah jenis lure. Ada 3 jenis lure yang perlu tauk. Tok senarainya
  1. Top water 
  2. Minnow
  3. deep dive
So pilih yang mana suka, antara satu daripada. macamnie mok bezakannya.

Top water

 Top water adalah lure yang timbul di atas permukaan aik, ada 2 jenis. 
  • popper
  • pencil
Popper

 Popper menghasilkan bunyi kocakan aik macam ikan terkejut/dikejut. Bunyi kocakan air ya akan menarik perhatian pemangsa. Last sekali kitak orang pun klak terkejut klak.

pencil 
 Jenis kedua adalah pensel. bukan pensel key tulis. rupanya kedak pensel. Jenis lure tok sik berbunyi gilak. tapi nya ngaco aik, mun kitak orang selalu nanga temakol berenang ilek ilek, macam ya lah rupa aksinya.

 Situasi yang sesuai untuk makey lure jenis tok adalah untuk situasi low light, ikan yang agresif dan aktif. Coverage area ialah 5-10 meter radius. Untuk proses mengesan mangsa dengan cepat dan terbaik untuk kawasan yang sik pernah diterokai.

Minnow

Jenis kedua adalah minnow. Minnow tok selalu berenang kat area pertengahan. Kedalaman renangan berdasarkan posisi dan panjang lidah. Cover up luas kawasan dalam lingkungan 3-5meter radius. Kedalaman renang adalah lingkungan 2-4 kaki. 

Tok jenis minnow type. Nampak sik?
 Untuk jenis minnow terbahagi kepada 3 kategori buoyancy.


  • Floating - lure akan timbul ke permukaan aik.  ~1ft (~3second) *
  • Suspending - sik timbul, sik juak tenggelam. 
  • Sinking - tenggelam/menyelam  ~1ft (3 second) *
Kenak nya ada macam-macam jenis buoyancy? Buoyancy tok adalah juak salah satu presentation, yang mampu menarik perhatian pemangsa. bukan suka2 jak nya molah timbul atau tengelam. Faktor yang di amik kira adalah kesesuaian tempat, mun kawasan banyak reba, pakeylah floating, bila stop reel in, at leastnya timbul daripada tenggelam, mun makey jenis sinking lak, ujung2 alu strike akar kayu. mun tempat dalam sikit, pakey lah sinking atau suspending. Jadi before nak tikam, kaji dolok area yang nak dicuba.

* untuk kiraan lebih cun, test dolok kat aik dan kira, ketumpatan air tawar dan air masin adalah berbeza. Zon hulu sungey dan hilir sungey sik sama nya mpun salinity garam. Reasonnya adalah untuk mengurangkan risiko sangkut kat reba atau celah batu dan presentation yang lebih baik di kawasan strike zone (akan diceritakan kemudian hari)

Deep Dive

 Deep dive adalah untuk lure selaman dalam. Selain untuk casting, lure tok pun ngam untuk teknik trolling. Kedalaman renangan bergantung kepada jarak@panjang tali. Makin jauh makin dalam. untuk teknik casting purata kedalaman renangan 4~8kaki. Gaya renangan yang agresif menjadikan lure tok sesuai untuk keadaan air keruh dan semasa ikan kurang aktif. Ditambah agik aksi mematuk dasar aik membuatkan pemangsa menjadi annoying a.k.a manas. Rupa fizikal nya senang jak nak cam. Asal lidah panjang nya lah ya...sik kira badan nya panjang atau pendek.


Ok selesai sudah cerita jenis lure. Topik seterusnya ada advance dikit dalam proses pemilihan warna. Mok tauk? bayar 5 ringgit lok...ha ha ha ha..see you next time.

mata kael nya bengkok atau lurus???


Salam......


No comments:

Post a Comment