crosscollumn

Thursday, November 12, 2015

Softplastic : Jenis-jenis rig





 Salam nyet...Apa cerita kita hari tok? Last topik pasal sp ada kurang sikit, Jadi kita polah penambahan untuk penggunaan SP. Jadi SP tok ada rig nya tersendiri. Tapi ada 2 basic rig yang perlu tauk, dan ada 5 jenis rig setup. Tapi yang dipakey mungkin dalam 1 2 ajak. Sebabnya style kita, embak rod sigek jak ngan selalu swap antara sp dan hardbody. Jadi mun nak pesyen lain tuk ada lambat sikit, tapi ada guna nya part yang sik dijangka. Part ya klak cerita

Standard rig 
 Standard rig tok kait macam biasa jak. Mata kali nya cuey cuey keluar dari sp. Serba- serbi terkait kat mata kael nya. dari rumput, daun, kayu last last sangkut kat reba. Power sik? Kotannya power ngan reba sekali pun sangkut. Lagik pun tok adalah cara yang paling mudah dan cepat. Cari hook yang ada sinker sekali, kait, pasang kat klip dan terus tikam. contoh pemasangan adalah seperti kat debah.


Standard Rig

Weedless rig
 Rig yang seterusnya adalah jenis weedless. Rig tok sesuai untuk kawasan yang banyak halangan macam dak kayu dan rumput. Tujuan pemasangan tok adalah untuk mengurangkan risiko sangkut ke dasar, tapi tetap sangkut kat junggo ikan. Bila ikan nerkam, secara automatik mata kael akan expose dan terus terkait kat junggo ikan. 

Weedless rig

dah tauk 2 jenis rig, standard ngan weedless, pilihlah nak nei nak dipakey. tapi aku memang makey 2 2 rig tok. Dah ya kita setup hook tok jadi kita ada 5 jenis setup.

Texas rig.
 Sik pandey ku nak madah macam nie tapi macam tok lah rupanya. sinker nya sik mati sigek tempat dan rapat dengan hook. Reasonnya adalah untuk increase sensitivity terhadap gigitan dan pelindungan kepada perambut. Selain daripada ya, nya berfungsi untuk memudahkan pergerakan di celah kayu dan rumput disebabkan sinker nya berbentuk perluru. Saiz bullet sinker ekot citarasa masing2, pendek kata sikda peraturan masang benda tok.



Carolina rig
 Rig tok lebih kurang kedak setup texas rig, minak jauh dari hook. Rupanya macam kedak setup bottom. Aku suka pakey setting tok untuk target ikan tertentu. Mun dah rasa fedup nak casting, kerat mata kael, tukar kepada beak hook. kait umpan, sekarang kita ada light set bottom. Layan juak makey mun kenak part banyak reba dan akar, Part kenak ikan besar, hilang kejap masalah dunia. Contoh setup adalah gambar kat debah

Dropshot rig
 Rig tok ada pelik sikit, dan jarang nak dipakey. Sinker nya kat debah, hook nya kat atas. Faktor utama faktor kerana proses penukaran setup yang biasa dipakey makan masa untuk diubah dan faktor yang kedua, kawasan rumput kat dasar adalah kurang, 



Wacky rig
 Untuk presentation natural dan aksi super slow sinking, setup tok memang mainannya. mun mauk laju sikit tenggelam, tambah jak sinker jenis ring kat mata kael.
Part tok jarang nak makey, tapi untuk kes floating tanpa pelampung, tok lah cara nya, bila join trip 3 dalam 1 (casting, jigging, floating) secara serentak.



Neko Rig
 Neko rig pun lebih kurang kedak wacky rig. Bezanya, wacky rig dikait kat tengah, neko rig dikait kat tepi dan sinker ditanam kat hujung yang panjang. Presentation sp adalah dalam posisi berdiri


Maka tamat topik rig untuk bahagian sp. Jadi mun nak makey SP tok kenak ada extra sigek rod. Sik buang masa, polah setup nya. Selain daripada ya, boleh disalahguna bila dah semun nak casting makey lure. Sikda salah pun pasang extra masa casting sekiranya penggunaan sp ya sik mengizinkan. Entah-entah kenak monster, ada juak key senyum di penghujung hari trip kitak orang. 

 Macam kes dalam gambar tok, Dalam fishfinder reading ada ikan, Tikam hardbody sik mauk, tukar ke SP pun sama, swap mata kael beak, tapi masih makey wacky rig. Kait ajak apa yang dapat ditangkap kat pokok bako. Sekali mauk tok hasil nya tok. Baruk puas hati aku. Dah geram menar aku bila member jual mahal dengan lure. 


 Dalam bab ngael tok sikda peraturan yang telah ditetapkan melainkan bertanding. Ada kah? Mun ada padah lok akta, seksyen dan bila diluluskan dalan parlimen. Mun tanding, kita ekot rule tanding untuk fair game, tapi mun berpegang pada konsep suka-suka, happy-happy, saya punya suka ler. Ntah ntah kawan yang ngekot pun tergugat juak iman. Mun dah macam tok, berdarah mata geng sama bot nangga. Mok nak mok ngekot sekali. Sik cayak boleh cuba, Bukan nya sik pernah terjadi. Lebih-lebih agik bila pegi sama ngan bapak aku. Start nya meracun makey teknik lain.

3 comments:

  1. steadey..pelbagai teknik...tujuan..STRIKE

    ReplyDelete
  2. mun ditranslate terburey ko bacanya....statistik banyak datang dari eroupe dengan rusia

    ReplyDelete