crosscollumn

Monday, November 16, 2015

Mono Vs Braid

Nya datang, nya agik. Salam semua. apa cerita tek? ada juak termiss bab cerita ngael tok. skop topik yang terlepas adalah tali, reel dah beli, rod dah beli, tali lupak. Yah kan dah key hias dalam rumah ajak set kael ya. ha ha ha ha. Biasalah ya keja banyak di agak. Kadang-kadang pelupak juak kita olehnya. Skop topik aritok kita share hal tali utama a.k.a main line, bukan nya main. Jadi tali apa nak dipakey braid atau monofilament. Bagi aku, memang makey kedua-dua, tapi lain lain application. mun totally bottom, memang aku makey mono, tapi untuk light setup, makey braided. So sikda istilah bagus agik dari antara braid dan mono.

Monofilament

Monofilament atau lebih dikenali sebagai mono diperbuat daripada seutas fiber plastik. Kos pembuatannya murah dan bermacam macam saiz diameter dah tahap kekuatan tali diukur dalam bentuk pound (lbs). Selain daripada ya ada macam macam warna dari merah, biru, oren, hijo, sampey transparent.

Kelebihan mono
Mudah digunakan - oleh sebab nya ada sifat fleksibel, monofilament adalah mudah untuk digunakan dan berfungsi dengan baik untuk situasi memancing banyak. Fleksibiliti nya ada meregang menjadikan mono lebih dikawal dan lebih mudah untuk dicast.

Stretch/meregang - Mono akan meregang lebih banyak berbanding daripada fluorocarbon, ia memberikan safe zone kepada kita. mun drag reel terlalu tinggi, mono meregang sampey 25 peratus atau lebih. benda tok juak akan membantu mencegah mata kail kitak orang dari bisak jungo ikan, lebih-lebih lagik spesis ikan mulut lembut. Ini adalah faktor yang penting pada masa strike dan fight.

Shock strength - Jangan kompius Stretch dengan shock strength, shock strength ialah keupayaan pancing untuk menyerap tenaga. shock strength mula strike apabila tali kitak orang menahan asakan strike secara tiba-tiba atau masa nak nait ikan.

Diameter - Mono memang terkenal dengan diameter lebih besar daripada braid. tapi jangan kitak orang sik tauk ya juak adalah faktor pengehad berapa dalam lure kitak orang menyelam. Oleh sebab diameter nya besar, perasan sik kitak orang mana yang makey sp, lure kitak orang makin lambat turun.

Sink Rate - oleh kerana nya lambat tenggelam, jadi memang ngam lah untuk lure top water dan slow sinking. Lambat menyelam pun adalah satu presentation yang berkesan. Sebab yalah jangan bergaut nak retrieve lure.

Warna - Mono senang untuk diwarnakan oleh sidak pengeluar, sebab yalah kalernya macam-macam. Dari camo(stealth) atau low-visibility macam hijau, biru atau transparent. Atau tukar yang kaler terang2 untuk Hi-visibility. bukan nak nakut ikan tapi at least senang nak ditangga siney kedudukan umpan kita.

Ikat mengikat - Mono tok senang nak diikat. ikat simple simple pun dah teguh.

Murah - faktor utama mun dah sikda bajet. Tapi aktiviti ngael masih boleh jalan.

Multitasking - selain daripada jadi tali utama untuk bottom, kerat kitak orang sedepa setengah, kan dah jadi perambut...betul sik?

Tali Braided

Tali Braided atau tali sulam terdiri daripada bahan sintetik Fungsi lebih kurang macam mono tapi minak dalam bentuk macam benang jadi apa kelebihan makey braided

Kelebihan

 Oleh kerana nya disulam nya ada kekuatan paling tip-top dalam diameter kecik jak. Oleh kerana nya kecik senang lah untuk dicast dan boleh tambah kapasiti kepanjangan tali. Selain dari ya nya sifat stretching nya kurang, jadi sensitviti terhadap gigitan adalah tinggi. Bagi yang dah biasa makey braided line, nya ada sebagai tool untuk surface scanning. Kedak style nelayan juak, hulur sauh angkat sikit dan lepas, mun lembut ya pantey, mun keras ya mungkin karang atau batu. tapi hati-hati sebab mun sangkut, beraik mata nak lepaskan dirik. Dah lah susah mok lepas, susah mok putus agik. Mun terlepas sampey mata kael nya terbengak jangan nya terlepas dan lure tertinggal dalam aik

Kekurangan

 Part tok memang susah nak madah, susah mok putus satu hal. Oleh kerana susah mok putus, kenak agik ikan besar, stress rod ngan reel kitak orang, salah hari memang rosak kitak orang pun reel, ataupun guide/ring akan berparit. Mun sik tali akan haus dan jadi sik tahan. Sigek agik harga. Harga pun agak mahal. nak putuskan pun sayang.serba salah. Part paling jaik ialah pengguna baitcast reel. mun birdnest, jujuh aik mata nak urey tali ya. Jangan sik merasa. cutting tool pun mok bagus juak, bila nak motong kenak tool yang sesuai, mun sik berpeluh gigi nak kerat tali tok. Bagi botbase hati-hati masa fight, jangan sampey terbelit tali sauh. putus tali sauh klak, ngerepak juragan klak. Berganti sauh kita oleh nya.

Pemilihan warna

 Bab pemilihan warna sikda effect gilak macam kes warna pemilihan lure. Setiap tali utama pasti akan disambung ke perambut dan rata-rata warna perambut yang dipakey adalah transparent, Aku pernah juak cuba makey perambut warna lain(orange) dengan diameter kecik(8lbs) dan hasilnya tetap sama. Pemilihan warna Hi-visibility tok merik kemudahan kepada pemancing untuk marking kedudukan umpan dan keselamatan di mana si pengguna boleh melihat dengan jelas masa membuat lontaran. Sikda istilah takut ikan nangga tali, ya sekadar menyakat ajak ya. Giney-giney pun ya adalah rezeki masing-masing yang dah ditetapkan. Kita tok usaha jak, selebihnya Tuhan jak ya ngatur.

Ok tamat sudah topik equipment kita, next topik nya adalah jeng..jeng..jeng, Kenak tunggu nya release....kikikiki

No comments:

Post a Comment