crosscollumn

Sunday, November 22, 2015

Tips Penggunaan Fishfinder Part 1

Fishfinder ataupun sonar merupakan alat yang penting untuk proses mengesan ikan dan lubuk. Tapi ada juak member sik cayak gilak ngan benda tok, Reasonnya bila part tikam sauh, masa sauh turun ke dasar pun detect ikan. So entri hari tok kita, aku kongsi hal benda tok, dari pemilihan, tips penggunaan, dan penjagaan.
Pemilihan unit
 Banyak choice sebenarnya, tapi yang paling senang carik di market kita ialah Garmin, Lowrance, Humminbird, Furuno, dan Eagle.  Mun berani beli online angkat terus Raymarine. Mun duit sik habis makan dapat angkat yang canggih. So cerita kita basic ajak, Sik juak ketinggalan sik juak, canggih. Ada yang single frekuensi dan ada dual frekuensi dan dual beam. Single frekuensi akan memancar salah satu signal ajak. Mun dual akan ditransmit 1 daripada 2 signal frekuensi dan mun dual beam nya akan transmit 2 frekuensi serentak. Ada beza dual frekuensi dan Dual beam. Spec nya lebih kurang, cuma kekuatan tranducer dan penghasilan frekuensi nya berbeza. Dari 50khz, 83khz, 200khz, 455khz (highend) dan 800khz. Paling bagus, amik model yang boleh dual frekuensi, jadi kita boleh pilihan lain jika perlu bacaan lebih tepat.  Jadi fokus utama ialah kawasan permainan kita, mun tahap offshore atau deepsea(15 batu nautika) better carik 50khz/200khz. Mun agik tahap inshore dan sungei macam aku tok, Pakey jak 83khz/200khz dah boleh cover sampey ke area tukun Bus dan karang rumput. Kelebihan dan kekurangan signal tetap ada.

50khz - Penghantaran signal ke dasar adalah tip top untuk kawasan yang kedalaman >600ft, Selain daripada ya, kawasan coverage nya besar daripada high frekuensi. Kekurangan nya adalah untuk kawasan cetek.

83khz - Sesuai untuk kawasan inshore dan sederhana. Signal yang dikatakan sedang2, antara 50khz dan 200khz, Oleh kerana coverage kawasan pencarian rating kedalaman/keluasan dalam nisbah 1:1, jadi keluasan pencarian nya agak luas. dan sesuai untuk pengesanan secara cepat. amik kata dalam aik 20 kaki, keluasan pencarian 20 kaki radius. Kekurangannya adalah sikdapat nak mengesan struktur secara terperinci berbanding menggunakan  200khz. Sesuai untuk aktiviti casting dan bottom

200khz - Signal untuk pengesanan ikan dan struktur dengan lebih tepat di kawasan sedang2 cetek <40 kaki. Keluasan kawasan pencarian berdasarkan ratio 1/3 X kedalaman air. amik kata dalam aik ya 18 kaki, luas kawasan pencariannya cuma 6 kaki radius. Sesuai untuk setup casting dan jigging.

Signal ikan ada kat dasar.
Penggunaan
 Sekira kitak orang makey model yang ada dual frekuensi. Nak nie satu signal nak dipakey 83khz atau 200khz? Mun makey 83khz menimbun jak ikan dalam kat spot ya, tapi bila di tukar frekuensi ke 200kz, brapa ekok ikan jak nya detect kat debah. Part tok lah paling mistake bila nak jig, Enjut punya enjut sik juak nerkam, paduhal ikan ada brapa kaki gik jauh tempat lain. Ikan nak debah boh dah habis ditibai. Kan dah molah lelah. Sigek agik part mistake ada fishfinder sikda ikan masih juak turun jig. Arum bulak berpeluh gigi dah enjut, sik juak nerkam. Bukan nak nganok, tapi dah diat dengan mata dikpun. Aku senyum jak nangga bot sebelah sambil isap rokok. Agik mikir siney tempat nak diagak selain dari batu mandik. Bot sebelah berusaha dengan gigih, last last kenak batu karang. Rugi dah hilang sigek jig killer. Sebagus-bagusnya set fishfinder ke 200khz sekira nak jigging. Bacaan lebih tepat. Mun dapat kerjasama dengan kapitan kapal bagus agik. Biarnya berik guide dengan kitak orang. Ada sebab perlu scanning 83khz dengan 200khz.  Bayangkan reading 40 kaki radius vs 13 kaki radius. Beza 7 kaki radius, berpeluh gigi juak ikan nak carik micro jig luas kawasan besar ya. Dahlah luas, kecik agik, tambah agik kaler sik cun. Makinlah parah. jadi untuk permukaan dasar pun ada beza. Jauh beza, ingatkan ada ikan, cek cek ugak ugak pokok kayu, ikan kat luar jak. Wa kena beb. kena sangkut pokok.





Jadi tok cerita asas ajak, Part advance ya tunggu jak. Pasal penjagaan sik susah. Asal lekak pakey unit ya lap jak ngan kain lembap, transducer bukak cuci ngan aik. Mun dapat cabut dari bot better cabut, jangan ditandah tranducer nya berujan berpanas. cepat rosak nya pun sensor.

ada beberapa tip jak dapat ku share, dan perlu dititikberat.

Fish id a.k.a simbol ikan - Fish id tok selalunya menjadikan bacaan jadi sik tepat, sebab yalah sauh pun boleh nya detect ikan. Tapi untuk permulaan boleh juak untuk belajar. Siknya terus pro.

High speed cruising - certain model boleh support sampey 75 batu sejam, tapi amik selamat, offkan ajak. rosak klak susah juak. Bazir bateri pun satu hal.

Transducer placing - Mun dipasang kat transom bot, lungak sikit ke depan dalam 1-2 darjah daripada pasang 0 darjah, Reasonnya untuk signal transmit ke depan sikit.



Navigation/depth Monitoring - Selain dari tool untuk mengesan ikan dan struktur kawasan, boleh digunakan untuk monitor kedalaman air samaada bot boleh lalu atau sik sebelum bahagian propellar enjin terkenak pada dasar. Jadi janganlah takut untuk lalu ke kawasan skinny water dan hati-hati. Ada masa perlu melalui kawasan kedalaman kurang dari 4 kaki untuk casting. 

Zon kedalaman 2.5 - 4 kaki. Jangan sekali abaikan kawasan sebegini. Berjalan kaki jika perlu


Sekian ya jak dari aku untuk perkongsian entry tok, Part 2 akan bersambung... Sekiranya ada sik paham boleh komen kat debah.



No comments:

Post a Comment