crosscollumn

Monday, December 7, 2015

Tips Landbase Casting : Locate the Hunter or Haunted

Taktikal dan Teknikal
 Sepanjang aku terlibat ngan casting, banyak juak benda yang telah ku belajar dan praktik, Benda paling ku rajin nak polah ialah merati dan mengkaji. Skill tok amik masa juak untuk develop dan paling penting sekali sabar menunggu. Landbase tok sik macam kedak boatbase. Mun pakey bot, segala gajet ada untuk membantu mengesan ikan. Tapi mun landbase, perlu pengalaman dan skill. Harap-harap entry kali tok dapat membantu kitak orang untuk mengesan kawasan yang berpotensi untuk mendapat ikan dengan menggunakan sekali imbas. Jadi apa si caster perlu tangga dan carik.


Struktur Kawasan
 Struktur kawasan tok banyak juak nak diperati. tapi secara kasar nya adalah pokok, reba, permukaan dasar, dan kawasan berbatu. Ya adalah perkara paling asas perlu diutamakan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko lure sangkut semasa mengumpan pemangsa. Mun dah sangkut tok banyak masa terbuang olehnya. Mun putus lain agik cerita. Kedua adalah membuat jangkaan si pemangsa akan bertapok atau menunggu di kawasan ya. Macam kawasan tok memang berpotensi untuk kaki kayak atau botbase, tapi oleh kerana bot aku sikdapat turun kawasan tok, terpaksa landbase. Sigek agik part nak bertempur klak senang nak overcome ikan seperti Manggrove Jack atau kerapu sebab taktik ikan tok memang jaik akal. Lepas nerkam nya akan balit ke tempat asal siney nya bertapok. Tapi risiko nya memang memang ada. Kenak rajinlah pegi masa tide aik yang berbeza.

 Sigek agik jenis pokok. mun kawasan pokok nipah memang ada yang dah tauk. Pokok bako bukan semua pokok bako boleh diterjah, So far aku boleh kenal pasti 2 daripada 4 jenis pokok bako. Tapi rata2 kat sarawak tok ada 3 jenis pokok bako iaitu pokok bako minyak, pokok bako kecik dan pokok bako pano/kurap. Macam nie nak bezakan ialah dengan diat struktur akar, Mun akar nya tang lurus dan licin jak rupa, ya adalah pokok bako minyak.
Pokok Bako Minyak

 Mun akar nya bengkang-bengkok dan rupa nya kasar, ya adalah pokok bako panau/kurap. Pokok bako kecik sama fizikal dengan pokok bako minyak, minak nya kecik jak, sik lebih dari 5 meter tinggi. Jadi pengajaran, Jangan sekali ngagak pokok bako pano. Boleh dicuba sekali tapi jangan buang masa, Sik tauklah kenak ikan sik suka main kawasan tok. Kali gatal cerik nya. Wallahu a'lam.
Pokok Bako Panau/Kurap

Tapi mun kawasan sikda pokok apa cerita? Mun kawasan berpokok sikda amik faktor yang kedua, iaitu permukaan dasar. Apa yang patut dicarik ialah reba, teritip dan drop off a.k.a arong@radak. Kawasan radak tok selalunya spot kesukaan orang untuk carik umpan siar/udang dengan menjala. Mun ada siar/udang bermain, adalah yang akan menunggu. Amik senang, kedak anak pusak main kat kotak. Mun sekok nunggu dalam kotak, bila adik-beradik nya melimpas, memang nok dalam kotak lompat keluar dari kotak. sama ya juak konsep ikan. Nya akan menunggu dan terkam bila ada sesuatu yang melimpas kawasan arong.


Mun kawasan arong sikda. cariklah lah kawasan berbatu. Jadi gambar tok(kawasan yang sama) dah ada slope, kawasan berbatu dan kawasan pokok bako minyak. Jadi pilihlah siney yang disuka.


Pokok Bako Minyak + drop off  + Batu


Aliran air

Ngael di sungei bukan macam ngael di kolam. Kolam air nya sik mengalir, tapi mun sungei air nya mengalir, bila dah tide masuk aik angkat, makin lah deras aik nya. Jadi Siney patut nak ngael? Tunggu atau carik port yang bagus. Jalan penyelesaian untuk situasi tok adalah carik flow aik yang cun. Jadi antaranya adalah

Outside/inside bend
Untuk kawasan outside bend aliran air adalah deras, Jadi masa aik medok memang sesuai untuk ngintey kawasan outside bend, tapi masa aik angkat/deras better target area inside bend, sebab ikan memang akan carik kawasan aliran air slow





Kawasan berbatu
Mun kawasan berbatu better cuba cast di belakang batu. Bila air mengalir melalui kawasan berbatu, kederasan aik agak slow sikit. Sesuai dijadikan tempat berteduh atau tempat menunggu untuk pemangsa melakukan ambush bila mangsa yang melintas.


Kawasan teluk
Port kesukaan aku, kawasan berteluk. reason sama. Dan bermacam - macam spesis selalu berkampung kat sitok. Casting dan light set bottom memang cun. Bila embak nembiak, memang aku akan ngintey tempat tok sebagai keutamaan, jadi nembiak pun sik lejuk nak nunggu ikan menyambar. 


Kawasan ripple
Kadang-kadang bila kesuntukan port masa tanding. aku akan makey teknik tok dolok. Sik kira siang atau malam. tetap nampak. Carik area tok dolok then baruk scan makey fishfinder. mun ripple tok konsisten lagik bagus. Kadang-kadang nya terjadi akibat tiupan. angin. Kawasan macam tok juak ikan blokok suka bermain. Sekiranya ada berdekatan dengan landbase. Nasib kitak orang memang bagus.



Cantuman Sungai
Bila aliran air bertembung akan menghasilkan kawasan air yang neutral. Mun landbase memang cun, tapi bot base kenak jaga. Majoriti kawasan tok akan wujud bila aik surut. Jangan layap sik pasal-pasal bot jadi ikan temakul. 


Aktiviti kehidupan
 Aktiviti kehidupan tok berdasarkan aktifnya pemangsa dan mangsa. Jenis pemangsa tok bergantung kepada jenis mangsa. Kehadiran mangsa tok bersilih-ganti berganti berdasarkan pasang surut air dan terdiri daripada siar, nyulong, pusuk, ketam(mangrove crab), gemurak dan belanak. Jadi kenak diat juak bila nya aktif, dan bila nya semun.  Mun dah semun tok selalunya ikan akan menghabiskan masa nya mengeram. Certain ikan boleh di target bila - bila masa. Mun nak target spesis kakas(bream), faktor teritip diutamakan dan kejernihan aik di amik kira. Belajar alert dengan persekitaran dan asah skill. Walaupun sungey yang sama, tapi once berpindah 500 meter. Enviroment dah berubah. Sebab nya adalah faktor struktur kawasan dan water flow. Video kat debah di amik kat damai central, mungkin ada yang sik perasan tapi apa yang ku tangga cuma dapat ditafsir melalui video.






No comments:

Post a Comment