crosscollumn

Sunday, November 29, 2015

Fishfinder : Point Of Interest (P.O.I) Part 2

 Salam semua, Last entri cerita pasal fishfinder. Jadi entri edisi kedua tok cerita nya adalah mencari sasaran. Seperti mana yang kita tauk, laut tok memang banyak spot, dan rata-rata senang diduga bila ada nombor. Ada juak spot ya adalah kawasan mainannya. Nang aik nya, nepat nak dilawan. Jadi masing-masing pun ilmu dan pengalaman. Ada yang menunggu sigek tempat sampey ikan datang, ada yang pusing-pusing carik ikan. Mana yang sikda pengalaman mun tertanya-tanya apa dicariknya sebenarnya. Terpusing-pusing dari tadik. Kadang kadang rimas juak nangga nya terpusing-pusing. Dan sebenarnya banyak benda nak ditangga. Bukan sigek benda jak di perati, tapi banyak juak detail nak dikumpul dolok sebelum buat keputusan nak labuh sauh. Bagi yang dah biasa dengan sigek tempat memang sik banyak cakap. Tapi ada masa nya kita buat sesuatu di luar comfort zone ataupun mencari kelainan dalam trip. Jom kita lihat apa yang perlu di perati melalui unit tok.

Struktur Dasar dan Kedalaman
 Perkara pertama yang perlu didiat ialah struktur dasar. Struktur dasar merangkumi corak dasar tukun@batu karang. Ketinggian dan luas tukun pun di amik kira sebab perlu di amik kira sebab part labuh sauh ya adalah kritikal. Jangan klak bila labuh sauh, bila nak berpindah sauh sik dapat ditarit nait. Mun terputus dan tertinggal kat dasar lain agik cerita. Next spot macam nie kita, carik member gemuk ikat, tikam lam laut, suruh berkukut kat dasar batu. Ha ha ha ha..



Dalam gambar tok dah cukup jelas rasanya, perbezaan antara kawasan berbatu, batu karang, dan pantey. Bila melalui kawasan yang keras dan berbatu, unit tok akan nunjuk bottom structure jadi 2 layer. Jadi kawasan sia adalah keras, potensi nya untuk kawasan ikan berlindung adalah tinggi lebih lebih lagik mun nya berbukit macam ya. Selain dari kawasan berbukit, kawasan yang ada slope a.k.a arong pun berguna juak sebenarnya, Sikda beza antara berbukit ataupun slope sebab kawasan tok selalunya tempat ikan bertapok dari arus aik. Jangan abaikan kawasan tok bila nemu, luangkan sedikit masa untuk scan dolok ada sik penghuni kat sia. Lebih-lebih lagik mun ada ikan kecik-kecik.


Jenis-Jenis Ikan
Faktor yang kedua adalah jenis-jenis ikan. Jenis-jenis ikan tok cuma dapat diteka melalui kedudukan nya pada screen, sikdapat nak madah dengan 100% tepat tapi andaian jak dapat dipolah tapi selalunya 80% betul. Ya pun bergantung pada kedudukan nya dalam aik, struktur dasar dan kedalaman aik. Jadi amik masa sikit untuk timba pengalaman dengan benda tok. Untuk jenis orang yang suka menunggu mengesan baitfish adalah lebih bagus sebab nya akan menarik perhatian ikan lain untuk berkumpul ke kawasan ya. Mana Yang suka hit and run carik terus ikan yang besar. Jadi ada 2 pilihan di mana ada yang akan makey fish i.d. dan ada makey arch.

Termocline
Selain daripada dalam mencari struktur, faktor yang perlu di amik kira adalah termocline. Termocline ialah merangkumi perbezaan suhu, oksigen, dan salinity air. Jadi Termocline yang boleh dikesan oleh transducer cuma salinity dan suhu air dari panas ke sejuk. Lebih dari ya sikda. Termocline adalah salah satu rujukan untuk strike zone untuk kaki jigging dan trolling. Macam nie rupa termocline, macam tok rupanya. Untuk mengesan termocline, sensiviti tranducer di atur cara manual dan diset dalam range 70% -85%



Banyak faktor juak terbentuknya termocline, Salah satu kurang pergerakan air kat dasar, dalam gambar tok sebab nya kawasan slope. Tapi ada juak oleh faktor kedalaman air. Kadang-kadang kompuis juak dengan baitfish jadi amik masa sikit untuk sah kan sama ada termocline atau baitfish. Jadi rajin-rajin ketek ketek dan belajar cara penggunaan secara berkesan. In sha Allah, sekali turun lom enjut terus strike. Jadi banyakkan praktik untuk menambah personal experience.

Tips : Jika gagal mengesan ikan melalui fishfinder. Apa yang perlu dipolah ialah carik burung camar berkumpul, mun masih juak, cariklah boiling point dari semasa ke semasa di lokasi anda. Bila dah jumpa, Baruk refer dengan fishfinder. Ikan baitfish selalunya akan berkumpul sigek tempat bila ada pemangsa. Ada masanya berselerak. Jadi sikda masalah membuang sedikit masa untuk menunggu. Makan kah minum kah merokok lok kah. Bila ikan dah berkumpul baruk ngatur nya.






No comments:

Post a Comment