crosscollumn

Tuesday, February 9, 2016

Apabila Casting Sik Menjadi.


Salam nyet semua.....
Tengah aku dok kalan semariang ada idea baru untuk tambah entri. Topik ari tok adalah live bait. Masa tengah bergaut turun ngael. Apatah lagik bila part turun acara bidan terjun. Sempat-sempat amik rod dan lure box. Bila dah dalam tengah casting ya semun ikan nak terkam lure. Sebabnya adalah tekanan dari aktiviti memancing atau banyak gilak miss call. Last-last floating atau bottom jak lah. Mun kat laut senang jak nak carik umpan, Turun 7 eyes, dah mengambor umpan. Sik habis key umpan embak pulang dapat key makan. Tapi mun kat sungei dan laut, banyak benda boleh pakey umpan dan kitak orang pasti sik jangka apa yang boleh jadi key umpan. Sebab ya lah bila ngael sikda law, melainkan bertanding. Apa yang bagus key umpan macam nie nak carik umpan. Ok hari tok aku share sikit tips yang selalu dipakey bila dah hari sik menjadi. Kelebihan pakey umpan hidup adalah nya boleh trigger balit untuk ikan jadi frenzy akibat daripada miss call. Lebih kurang kedak chunking juak, tapi chunking tok sik lokek ngan makan. tabur jak isi ikan, darah, sisit dan etc. Tapi taktik 2 dalam satu, ngael dan chunking. Dalam masa yang sama kitak orang pun boleh lepak kelakar apa semua, daripada diam fokus ke casting.

Ikan Belanak Dan Gemurak
Umpan yang biasa dipakey oleh sidak untuk ngintey Selungsong atau MJ. Mun ada gemurak pun gohed juak. Cara nak tangkap, sama ada umpan pakey roti. atau jala dan tangguk.

Ikan Tamban
Umpan paling universal, semua ikan suka umpan tok. dari teknik floating dan bottom, semua ikan sangkut

Siar/Udang
Mun ada yang hidup memang kacak agik, beli macam macam saiz, dari kecik ke besar. Sapa terer jala ya memang ada kelebihan sitok. Mun kenak tempat yang betul, 30 minit jak dah cecah 7kg. Bayangkan Umpan siar 7kg, pengsan mok ngael, ngan udang sekali banyak pengsan dalam live bait kotan banyak.

Sotong
Paling best dipakey lebih lebih lagik bahagian janggut. Mun ada 1 by 1 lagik rancak. Sigek juak mun nak tauk orang ya terer ngael atau sik dari sitok dapat tangga cara kerat sotong. Jadi jangan cakap tinggi melangit kerana anda boleh diuji melalui sitok. Mun ditauk orang, seminggu kat kalan lom tentu habis kenak selak.

Umpun2 @ Kompon (tol nak eja tok kah)
Senang nak carik benda tok, asal nemu pantey ada longgokan daun bertompok-tompok, nyalah ya. turun jak tapi hati2 jangan temu oleh boyak. Aku pandey carik tempat, tapi mata aku lom cepat nangga nok nie ada dan nok nie sikda. Tangan pun kenak cepat untuk ceduk. Ilmu lok cukup. Macam member aku, ikan semilang agik dapat tangkap key tangan. Mun mok senang ekot style omputih kat youtube. tapi sik tauklah menjadikah sik.

Ikan Nyulong.
Ikan nyulong pun mauk juak tapi slow sikit. Tapi dalam slow ya bila kenak puas hati.

Mangrove crab

Carik jak kat pokok bako, asal kecik-kecik sedang-sedang jak saiz nya. gohed jak. Jangan saiz kedak ketam kalok. Ikan pun takut nak makan. Jangan kitak orang heran ikan macam krapuk, semilang, parik , kakas, MJ, even selungsong pun pernah. Ya kali dah kebulur gilak dah.

Teritip/Teritup
Mun nak target bream a.k.a kakas, pakey tok, kikis kan nok ada kat batu atau kayu, mun dapat amik isik sikit pakey umpan. Mana yang guguk kat aik, ya memang sia akan dipenuhi ikan kakas bila time aik nahan. tapi pastikan awal awal polah benda tok sebelum nak target ikan tok. Nak casting pun boleh, nak bottom pun boleh. ekot suka. Yang pasti saiz nya besar besar. Pecah rahsia aku...ha ha ha ha. Untuk kaki kayak singgah sebentar kat teluk karangan rah Tanjung Sipang, Gi area karang gantung. putit kan karang gantung ya. pakey umpan..

Isik Ikan
Mun sikda ikan kecik pakey jak isik ikan apa apa (tenggiri, sardin, gelamak, etc) pakey umpan, kerat jak sikit kait kat mata kael. kompom jalan.

So ya jak tips dapat pakey share untuk entri kali tok. Dalam dunia memancing tiada peraturan yang dikenakan, tapi kenak berdepan dan sesuaikan dengan apa apa situasi.

No comments:

Post a Comment