crosscollumn

Thursday, November 5, 2015

Pemilihan warna lure (basic + advance)


dolok barang aku macam tok.
 Situasi yang selalu dihadapi bila dah cukup duit, jom kita gi shopping. Datang ke kedey menimbun jak lure bergantung kat dinding. Yah!!! Warna apa nak dipilih. encang jak lah. Bila di test, tikam tarit, tikam tarit, sik juak mok. last-last lemas lure ya. mun sik simpan ke tepi sik ngasi. membazir kan. dah lah kenak GST. Mula-mula barang memang tahap macam tok. Siney-siney pegi tauk banyak. Arum bulak nang kedey bergerak. 

 Entry kali tok akan ngajar pemilihan warna(basic), match the hatch (advance), Sekaligus reduce inventori lure menjimatkan poket kitak orang, dan memudahkan pergerakan kitak ke sana dan ke mari. Bab casting tok bukan macam bottom, nunggu sigek tempat, Casting banyak bergerak ke sitok sia, mun konpiden lubuk ikan memang tunggu, tapi kaler apa paling bagus. Enviroment sentiasa bertukar-tukar.Kadang-kadang panas, Kadang-kadang mendung, kadang kadang hujan. ada hari aik jernih, ada hari aik keruh, pendek kata hari sik tentu. Mun turun ya, Apa dalam box semua terjun ke aik. menar sik?

 Advance2 juak, tapi beli juak untuk spare. Part macam tok jangan lupak. Ada masa nya kenak nok gergasi ya memang putus. Kan dah sikda pengganti. Dah lah baruk brapa minit, alu kenak tapau. Day trip agik jauh. Kan putih mata jak nangga. member mala nyintak. Pernah terjadi kat aku. So let go the first topik.

Warna (basic)

Warna tok basic ajak. tapi yang perlu tauk ialah 7 spectrum cahaya. atas darat memang kita sik nampak. Tapi bila kat dalam aik, cerita nya jadi lain. Jadi kitak orang tauk sik? Mun sik tauk, ilmu baru aritok. Pakey prinsip ROYGBPV. Pa ka benda ROYGBPV. ROYGBPV tok adalah Red, Orange, Yellow, Green, Blue, Purple, dan Voilet. Semua warna ada. tapi macam nie nak spesifikasikan. Pening? Jangan pening lok nangga gambar tok.

light spectrum penetration
 Bila cahaya masuk ke dalam aik, cahaya akan difilter oleh aik. Setiap warna akan hilang bila melepasi tahap kedalaman tertentu. Tapi jangan totally ikut tok. tok cuma asas. Apa yang dimaksudkan aku adalah ketelusan cahayanya adalah variable. Mungkin bila aik jernih, spectrum merah akan mencecah 15 meter. Tapi bila aik keruh mungkin sampey 2 meter ajak, atau memang sik lepas. So process tok amik masa untuk belajar dan mengasah pengalaman kitak orang. Bila dah cahaya lepas dari zone, nya akan menjadi hitam. Cuba ingat balit kaler apa kitak yang selalu kitak orang oleh ikan. refer dari graf tok brapa nya pun kedalamannya boleh cover. Dari graf tok majoriti semua kita oleh ikan makey kaler ijo sik kira softplastik, hardbody, ataupun jig. Dalam bahasa kita killer lure, Sebabnya killer, nangga warna hijo brapa nya pun range kaler nya, Untuk casting kat area sungei, pilihan selamat yang boleh cover semua area . Untuk inshore dan offshore, pilih range dari hijo ke  voilet. sama apa yang dipakey oleh sidak kaki jigging.

Untuk situasi low light, atau keruh pilihan terbaik ada luminous atau UltraVoilet. Reasonnya adalah untuk light penetration yang lebih jauh untuk menarik perhatian. Sekiranya ikan berada di dasar air, selalunya ikan bergantung kepada UV light yang dihasilkan oleh mangsa. Jadi UV base lure akan ada advantage sedikit berbanding lure biasa.

tinggal kenangan jak lure tok.
Gambar trip sekitar tahun 2015 di amik kat area submarine. Kedalaman aik berdasarkan dari fishfinder adalah 23 kaki, makey minnow boleh boleh selam setakat 4 kaki. Selebih nya untuk 20 kaki memang sik kesampaian makey minnow. Bayangkan mun makey fast sinking ada warna tok. so dah clear? ok kenak warna pink, putih , coklat dan hitam sikda dalam graf pun menjadi. Untuk warna pink aku sik dapat nak diceritakan tapi mungkin ada sebab lain. Tapi mun ekot graf memang sik lepas pun pencahayaan nya bila mencecah 7 kaki. Tapi bila dah lepas dari 7 kaki nya akan menjadi hitam. Jadi masuk ilmu advance.

Match the Hatch

injure kenak serang.
 Apa itu match the hatch? match the hatch ialah menyamakan/ menyerupakan/ mimik/ blending. Ia merangkumi dari segi presentation lure semasa twitching, warna, kesuaian pemakanan dan saiz. Kelebihan bagi mereka yang match the hatch ianya lebih menonjol daripada yang lain sekali gus menaikan percentage untuk dijadikan sasaran pemangsa. Jadi apa yang perlu kita carik? Open your eyes see the enviroment. Contoh gambar sebelah, ikan bilis jak ya. Tapi brapa orang terfikir terhadap saiz? cm? warna ? sehingga jadi mangsa sasaran untuk pemangsa. Secara amnya, dari graf tadi brapa banyak warna dah dibuang dan yang perlu dipakey, Dalam 10 lure, dah reduce nya menjadi 3 hingga 4 lure yang wajib. Warna pilihan adalah berbentuk natural, hitam, putih, kilat, dan coklat. Mun madah sikda warna putih, tangga bahagian ikan cedera, ada tompok putih. Balit kepada topik asal. senarai warna ada dalam graf. sikda nak? Sistem Match the Hatch perlukan aspek pemerhatian, kajian dan pengalaman. time panas warna apa, time hujan warna apa, dan penghujung nya In sha Allah. so rajin-rajin lah merati dan selidik lepas tok. Malah sistem tok bukan sekadar untuk casting, tapi dipraktikkan juga untuk fly fishing. Mun dah mati akal, ekot style orang dolok, turun 7 eyes, kait jak apa yang dioleh, kompom nyet. even ikan nyulong pun ada yang sik terpikir boleh jadi umpan. Jangan sik merasa kenak tarit ikan daripada kumpau..
dalam banyak kelompok ikan ada warna coklat.

 Before nak start warna apa nak dipakey? Bagi yang belom biasa, paling bagus start dari basic kaler. Mun dah ada petanda, pakey prinsip match the hatch, Mun dah biasa dalam sigek kawasan memang dah dapat jangka apa yang perlu dipakey. Sekali diat ajak dah tauk warna nie perlu turun. Mun kenak tempat lain, kenak go figure dolok sampey dapat hasil.Even Pro pun sakit palak juak mikir part tok tapi bila dah dapat, nang kompom mala narit. link video ada kat debah mun nak nangga.

Bass Pro Fishing Competition.

 Apa kelebihannya? Inventori yang lebih sistematik dan smart, cuma satu box mun diitung ke semua nya dalam belasan jak lure yang aku ada tapi setiap sigek ya ada spare. Mun sikda spare carik jak yang dekat nak sama. Jadi agak portable untuk ke hulu dan ke hilir, Sik kira makey motosikal, kereta atau bot. Dari 2 box yang penuh dengan kaler mengarut, last-last jadi satu box. Jimat belanja, mun hilang/putus beli untuk ganti.


Simple dan padat. 

 Pernah aku ngembak orang kotan banyak gilak barang/lure sampey tertinggal. Mun numpang bot orang memang digalakkan untuk mengelakkan barang hilang semasa trip apatah lagik mun trip bidan terjun di masa yang sik dijangka nak turun. Selamat mengkaji dan mencuba....












No comments:

Post a Comment